Powered By Blogger

Wednesday 19 October 2016

Tips Memiliki Rumah Pertama....

Assalamualaikum...

Alhamdullilah dalam persiapan kahwin..kami pun sibuk menguruskan rumah kami yang akan kami duduk lepas kawin ni...rezeki utk org ingin berkahwin mmg murah...Allah permudahkan...urusan rumah kami settle dan dapat kunci sebelum kami kahwin...

Urusan kahwin dah jadi no 2...kami letakkan rumah yang penting...biasalah rumah kosong dan segala kelengkapan  kena sediakan..

Aku dan tunang sama-sama dalam menglengkapkan rumah kami..kitorang pun xsangka  akan beli rumah seawal ini dengan harga rumah semahal sekarang...

Ada yang tnya aku macam mana kami beli rumah dengan nak kawin lagi.. aku ceritakan cerita aku dan tips yang boleh korang ambil sebagai rujukan seblm beli rumah.

aku cerita untuk korang yang bergaji bawah RM2500 sebenarnya mampu untuk beli rumah...contoh aku..ini nama aku sorang bukan share ngan tunang...aku bgtaw dia,kalau ade rezeki lps ni,,,baru kite share nama utk rumah landed...Insya Allah. ( sebelum aku nk beli rumah aku dan tunang xkenal lagi)..

Tips aku untuk korang yang ada impian nak memiliki rumah:

1) Jangan buat pinjaman
 Semestinya lepas dapat kerja korang memerlukan transport untuk begerak dan pergi kerja..ya,mmg betul...xsalah untuk beli kereta...aku ingatkan korang kalau korang bercita-cita nak beli       rumah...korbankan kereta mewah dan baru...mesti la kan nk tunjuk kat kawan2 yang korang baru keluarkan kete baru lepas grad dan dapat kerja..aku pakai kereta myvi tapi secondhand tanpa buat pinjaman loan..sebab utama aku bgtaw ni..nnt masa korang nak buat pinjaman loan,bank akan tengok komitmen korang dulu...kalau korang dah tinggi komitmen kat situ so effect kat situ,lagi-lagi kereta ko tu bukan lah calang-calang kete..!..mmg susah la nk dapat..atau belilah kereta yang murah2 je..yang kata komitmen masih rendah

2) Simpanan
Ini sangat la penting..walau xbanyak simpanlah duit gaji korang..untuk bayar duit booking dan S&P (perjanjian jual beli) dan sebagainya ...sekurang-kurangnya RM10-15k kene ada sebelum beli rumah..kalau korang nk try buat pinjaman ASB lagi bagus (sila bace cara2nya banyak dok post sekrang ni) aku x buat pun..sebb xde ilmu lagi mase tu..pengajaran kat aku masa tu usaha cari duit sebab nak bayar booking sebab aku dah berkenan dengan rumah ni...mmg menyesal x simpan duit..terima kasih kat peminjam yg sudi tolong aku untuk dahulukan duit dan skrg hutang aku dengan dia dah settle.

3) Follow page Hartanah
sebelum beli rumah fikir masak2 lokasi rumah yang nak beli..kalau korang dah ade kerja tetap dan plan untuk tinggal kt sana dalam masa yang panjang...pikir kos perjalanan rumah ke tempat kerja pergi dan balik..sama ada dari segi masa,tol dan kesesakkan...kalau rumah jauh tapi murah dengan tol banyak pikir sekali lagi dan cuba buat kiraan bulanan..lokasi rumah aku ke tempat kerja hanya 10 minit tanpa jem tanpa tol..berbanding  rumah sewa sekarang 15 minit ke tempat kerja dengan tol RM3.60 pergi balik dan jem yang amat dipagi hari...so lpas aku pindah dah xde masalah tu lagi..follow setiap page hartanah untuk tahu iklan rumah dan lokasi jualan rumah...aku pun dapat rumah ni lps tengok post jualan kat FB. Cuba cari rumah yang ade banyak diskuan seperti diskuan bumiputra contoh :

Harga rumah : RM 200,000
Booking:10% dari harga rumah=RM 20K
Untuk Bumiputra diskaun free 7 % (14K)= RM 6K( 3% je aku bayar masa tu)

Ini contoh pembelian rumah aku.


4)Tengok rumah
walaupun gambar rumah cantik dan korang berkenan...sebelum bagi kata putus, lawat tapak dulu..tengok kawasan dulu selamat or tak..jiran tetangga mcm mne dan persekitaran.


5)Bersedia
Bila dah beli rumah bersedia untuk menghadapi ape2 kemungkinan...cari ilmu,tanya orang kalau xfaham pasal hartanah, ape next procedure dan ape yang nak kene buat..sehingga lah kau dapat kunci, rajin berurusan dengan bank ,lawyer & pemaju mengenai status rumah korang...jangan diam tanpa ambil tahu...kelewatan mendapat kunci kadang2 disebabkan kelewatan diorang menguruskan dokuman yang sampai korang plak kene bayar penalty dengan pemaju


Maaf kalau ada silap dalam penulisan...aku bukan dalam bidang hartanah...masih dalam mencari ilmu...walaupun zero dalam hartanah sebelum ni,dengan membeli rumah pertama aku tahu serba sedikit proses dan caranya.


Jenis rumah : Apartment
keluasan : 750sqft
lokasi : seri kembangan
harga : RM210,000