Powered By Blogger

Sunday 25 November 2012

Safi : Cahaya Balqis Girls

Assalamualaikum

Mohon Jasa baik kalian untuk LIKE page SAFI ini
dan buka galeri seterusnya mencari 
" CAHAYA BALQIS GIRLS"

Cari la gambar2 ni kat situ ye
dan sumbangkan like anda kepada gambar itu

Terima Kasih korang
saya menghargai jasa baik anda
 semoga Allah membalasnya.

Cari la gambar-gambar ini 





Wednesday 21 November 2012

Safi balqis produk baru lagi..yeyh!

Assalamualaikum...
 

Cinta hati keluar produk baru..
selalu dengar produk lain yang selalu keluar BB cream ni..
nak beli tapi masih menangguhkan dulu sebab memikirkan jenama lain..
akhirnya kesabaran aku selama ni terbalas jugak bila Safi Balqis dah pun megeluarkan 
produk terbaru ni iaitu BB cream dan juga disamping tu juga ade 2 lagi produk terbaru keluaran Safi Balqis ni iaitu Gel pengelupasan dan Losyen pelembap kawalan minyak...jangan ketinggalan dapatkan nya..aku confirm2 la akan gigih mencarinya,,sebab dah tengok watson or guardian area bangi/serdang  ni xjumpa lagi..mungkin masih baru...kalau dah beli n pakai aku akan share lg ok keberkesanan nya pulak


Photo: Dalam memastikan kulit tampil berseri serta cerah sempurna, ramai terpaksa mengambil masa yang lama menggunakan krim wajah berbeza untuk menutup cela, melembap dan menyamaratakan tona sebelum mengenakan solekan tanpa menyedari ia sebenarnya memudaratkan kulit. 
Penyelesaiannya? Gunakan Krim BB SPF30PA++ dengan Vitamin E SAFI Balqis Perfect 10 sebagai asas solekan untuk menyerlahkan penampilan, mencerah, melindungi juga memulihkan kulit dari dalam agar tampil sihat, berseri dan cerah sempurna.
BB CREAM
Photo: Wajah berminyak? Usah risau lagi dengan Losyen Pelembap Kawalan Minyak SPF15 SAFI Balqis Perfect 10 baru!
Dengan rumusan berasaskan air, ia bertindak membekalkan lebih lebih lembapan untuk kulit wajah sambil mengawal kulit daripada berminyak di samping menyamaratakan tona serta memperbaiki tekstur kulit. Formulasi Nano BioWhite & Q10 pula bertindak lebih efektif untuk mencerahkan kulit melalui 10 Tindakan Lengkap yang menjadikan kulit halus, mulus dan cerah sempurna bak duta SAFI Balqis kita :)
LOSYEN PELEMBAP KAWALAN MINYAK
Photo: Jangan picit bintik-bintik hitam tu! Gunakan Gel Pengelupasan SAFI Balqis Perfect 10 baru yang membantu menghilangkan bintik-bintik hitam dengan mudah, menjadikan pori-pori lebih kecil dan kulit terasa lebih halus apabila dibelai. Hanya urutkan gel pada muka dan leher selama 1-2 minit dalam gerakan memusing sehingga gel membentuk gumpalan keci kemudian bilas hingga bersih. Ia mudah, pantas dan tak sakit! Ucap hello pada kulit lebih halus dan mulus :)
GEL PENGELUPASAN      



















Sunday 18 November 2012

Alhamdullilah Rezeki Seterusnya

Assalamualaikum

Alhamdullilah
rezeki dari Allah
buat anak-anak peneroka
mungkin korang tahu..
yang mana xtahu 2 cari2 sendiri.
no komen pemberian sebab apa dan kenapa.
Bagi aku semua tu rezeki dr Allah
tak de istilah bongkak mahupun takbur.
insyaallah..

Tuesday 13 November 2012

Selamat Datang Muharam

Assalamualaikum

Zulhijjah dah pun sampai ke penghujungnya.
Muharam sudah sedia menunggu untuk hadir.

Dikesempatan ini jom la kita bersama-sama 
menbaca Doa Akhir Tahun
dan Doa awal Tahun
banyak manfaatnya.

Aku kongsinya bersama korang..

DOA AKHIR TAHUN 

 Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.


 

sesiapa yang membaca doa ini Syaitan berkata“Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”




DOA AWAL TAHUN  

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.



sesiapa yang membaca doa ini: syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”


Sunday 11 November 2012

Rombongan Cik Kiah

Assalamualaikum 

10 .11. 12

Tarikh yang agak cantik
semestinya ramai yang 
memilih untuk buat majlis 
sama ada perkahwinan atau pun pertunangan
tak ketinggalan jugak abg sepupu aku
melangsungkan pertunangannya 
dengan gadis pilihan hati.

biarlah gambar bercerita sepanjang majlis itu






















Thursday 1 November 2012

Mulakan dengan OAT




Assalamualaikum

Jangan terlepas dengan entry2 sebelum ni:


Tetap gigih dengan usaha2 ko...rupanya ada jugakkan blogger lain yang nak diet macam aku jugak..bagus2..bukan semata-mata ko nak cantik..tapi sihat...ntah bila aku start fikir semua ni (tahu pun ko aisyah nak jaga kesihatan selama ni bedal je kan semua)...tu duluuuu laaa...

Bila diet ni semua akan berubah dengan pemakanan ko..dari pagi ape yang ko makan sampai la ke petang...kene hati-hati setiap pengambilannya..sebab kalau x ko sendiri akan tewas..

Pagi-pagi aku xkan pernah untuk mimpi nasi lemak bagai mulai sekarang..anggap jela ko benci sangat dan fikir xsedap...walaupun hakikatnya lazat dengan sambal tumis yang ummph!..tapi 2 semua mental je..bila hati ko dah kata yang ko xnak dan dah anggap nasi lemak 2 macam-macam..automatic your mind cakap x nak..psyco je lebih...

Dan mulakan dengan Quaker Oat...kalau ko nak tahu khasiat oat ni ko baca kat SINI macam-macam kebaikan..ko hingat aku senang-senag je nk makan oat ni..aku ada cerita dengan oat ni..

kalau x silap aku 2 tahun lepas..aku pernah beli oat..sebab dah lama dengar yang oat ni boleh turun kan tahap kolesterol,,so aku beli la yang pek besar..kemain lagi kan time 2..beli-beli excited lebih nak makan terus, tanpa aku tahu cara bancuh yang betol..aku bancuh jela oat 2 dengan air panas sahaja tanpa susu...!
bila dah ok gaul2 baik punya la larut bagai...makan la...

Suapan pertama- *gulp....biar betol rasa dia ni..gigih untuk telan
Suapan Kedua-* Fikir xnk membazir..telan jugak!
Suapan Ketiga-* xmampu dah...dengan rasmi terkeluar segala isi perut.

Menyesal dan xnak makan dah..xsedap!!!
padahal ko yang xtahu cara bancuhnya..memang la..sudah nya bg semua kat mak aku..bg mak makan...
mak aku pun tahu bancuhnya guna susu..tp xnak try dah..sebab masih bayangkan rasanye waktu 2..

Dan sekarang ni...

Beli semula Oat ni..cuba balik untuk makan sebab dah tahu cara nak bancuhnya..xnak beli pek besar terus..beli yang paling kecik je dulu..
Aku mulakan dengan 3 sudu oat dulu..testing dulu...ok boleh masuk tapi xboleh dengan kuantiti yang banyak..slow2..
masuk hari kedua 5 sudu terus ko...berlagak...dah tak abis sikit je lagi..last2 suapan semuanya telan paksa..
Hari ketiga kene buat perubahan aku buat 5 sudu plus 2 sudu nestum...yeh!..abis dengan jayanya..sebab ade nestum backup rasanya..xla rasa oat semata-mata.

Dah pun habis pek kecik dan dah pun beli pek besar yang sekilo 2..hamek kau..
sekarang oat  dah jadi favorite aku..setiap pagi sebelum pergi kerja aku akan pastikan aku ambil ni..dan kalau xsempat aku akan makan dimalam hari..dan pastikan setiap hari ambil oat..lagi banyak lagi bagus...


















Permulaan Diet

Assalamualaikum

Pagi tadi aku hapdet pasal yang aku diet kan...so sekarang ni aku ceritakan permulaan untuk segala-galanya..
aku tahu korang semua selim-melim...*jeles teramat
Permulaan yang ni bagi aku yang agak susah..totally chance dan ko kene biasakan dan ko kene buat setiap hari bukan kadang-kadang..
Dan saat dan ketika ni semua jadual pemakanan ko berubah serta merta..xkn de lagi nasi lemak dipagi hari , xkan ada lagi nasi putih,ayam goreng sambal belacan dan masak lemak bagai...dan xmungkin untuk makan nasi goreng kampung telur mata untuk dinner...full stop. 

Aku bersedia dengan tu semua?

 -sampai bila untuk aku cakap tidak..dah tiba masa aku kena cakap ya..

Antara benda-benda penting yang patut ko buat sebelum ko Start DIET:

  1. Timbang berat badan ko sekarang ni..kalau boleh pakai penimbang digital..measure lebih tepat
  2. Sedia kan 1 buku untuk rekod peribadi ko
  3. Kira BMI ko yang sekarang ni dan rekodkan
  4. Dalam buku tadi buat jadual Penimbangan ko..Kalau aku buat seminggu sekali..jangan timbang hari-hari pastikan ikut tarikh penimbangan. Dapat pastikan penurunan berat tu nanti.
  5. Tetapkan matlamat berapa yang hendak diturunkan..sehingga BMI mencapai tahap ideal.
  6. Buat juga jadual pemakanan..rekod apa yang ko makan pada hari tu..leceh..tapi penting..
  7. set kt minda k ko "AKU BENCI NASI".
take note: tunggu untuk entry seterusnya...hadap jela pasal Menu Diet aku...kata ko nak selim-melim...