Powered By Blogger
Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Monday, 23 July 2012

Bulan mencari rezeki lebih

Assalamualaikum

Ramadhan yang ke 4
sekejap sangat masa meninggalkan kita
untuk ulang kembali?..mungkin tidak boleh sama sekali
bulan2 ramadhan ni ramai yang ambil kesempatan untuk mencari 
rezeki lebih..Alhamdullilah bulan penuh dengan keberkatan..
ada yang berniaga dibazar menjual juadah-juadah berbuka..
ada yang mengambil tempahan baju raya..dan ada juga yang 
mengambil tempahan kuih untuk raya..
salah seorangnya adalah Cik Ayiesha dan mak..
apa yang penting kejujuran bila berniaga..
setakat ni..alhamdullilah..order semakin banyak
barang-barang untuk membuat kuih pun dah beli
yang mana kuih tahan lama dah start buat sikit-sikit
macam kerepek pisang pedas dan masin..
sebab nanti peniaga kuih dah start nak ambil 
dalam 10 ramadhan..
kami memang saje lambat untuk mula buat..
biarlah kuih 2 nanti dapat dimakan dihari raya 
dalam keadaan baik..dan kualiti rasanya terjamin
sekarang ni sebelum puasa lagi orang dah start jual kuih raya 
dipasaraya..no komen..mungkin kuih 2 boleh tahan dalam sesuatu tempoh yg lama..

Dan macam kuih bahalu pulak mak akan start bakar dalam pertengahan puasa..
bukan apa..kuih bahulu ni bila terlampau lama..rasanya akan kureng sedikit..
itu sebab lambat sikit mula..bila tempahan banyak mula la pukul 4 pagi dah start bakar..Alhamdullilah..
setakatkan ni Rezeki Bahulu lebih sikit..orang minat beli bila kuih 2 baru keluar dari oven..hehe..
pelanggan-pelangan kami hanya la orang-orang kampung disini..
belum lagi terpikir untuk menjual secara online ni..sebab risikonya agak tinggi..xmahu la nanti
kuihnya indah khabar dari rupa..almaklum sahaja pos-pos barang ni...takut-takut kuihnya hancus...
seronok sebenarnya kalau kuih yang kita buat tu pelanggan puas hati..disamping kita juga turut berpuas hati dengan usaha kita.




Antara label keluaran my family..kalau jumpa nama ni kat mane2 kedai ..ha..Bisnes family kami la ni..hehe

Kuih Bahulu ikan..

Abah sedang membakar kuih bahulu

yang dah siap dipacking