Powered By Blogger

Wednesday 31 October 2012

Segalanya berubah

Assalamualaikum

Bila cakap pasal diet je..semua pasang angan-angan tinggi mengunung..mulut senang je cakap start hari ni nak diet...wah,hamboi ko..macam makan kacang goreng..kacang goreng pun susah nak makan taw..pulak x pandai kopek (buang kulit...jangan cakap aku mencarut lak...xpasal-pasal ko)..

Memang semua dari niat..tapi kalau setakat niat je tp ko tak amalkan memang xkan jalan..macam aku..aku rasa dah kali keberapa aku cakap nak diet tp aku x buat-buat..ye,kalau ko xde semangat yang tinggi dan  mental yang kuat memang ko kan jatuh dan putus asa..ko tanya aku dah bape kali aku fail dengan nafsu makan aku..xsoh tanya...selalu!

Dulu memang aku akui masa student..aku nak makan aku just makan..sebab time 2 aku rasa selagi bergelar pelajar nk makan ape makan la..tanpa ko kesah ape pun...sebab nanti-nanti bru pikir nak kuruskan badan..time nak enjoy lagi..selagi leh makan, makan tetapi masih belum obesiti.

Sekarang dah mula bekerja dan berfikir untuk berubah. bukan sebab semata-mata ni mengikat perut sebab xde duit..sebab dah tiba masa nya aku fikir masa depan aku..kenapa ko x laku ke?..nop,sebab biarla aku yakin dengan diri aku sendiri nanti dah tiba masa aku kena kawal berat badan, kesihatan luar dan dalam.
kenapa aku cakap macam itu..ini alasan aku

  • Umur aku dah meningkat walaupun baru sweet 21 tahun..:-)
  • masa untuk jaga kesihatan luar dan dalam
  • Kau akan jadi pengantin one day (ntah bila.........)
  • Kau akan jadi bakal ibu..memerlukan tahap kesihatan yang sangat tinggi
  • Badan yang nak pakai lama..bila dah tua macam-macam penyakit datang..mintak dijauhkan..
  • Tahap ko nak lagi bergaya lagi tinggi..xdela 2 xkene nie xkene..
ko hagak munasabah x sebab2 aku..yup,aku memang seorang yang pemikiran jauh..aku xkan fikir apa yang akan berlaku esok..aku akan fikirkan ape yang akan jadi 4,5 tahun akan datang..

Dengan rasminya aku sekarang on DIET...bukan sekadar cakap kosong tapi niat dan azam yang tinggi..
Untuk entry-enrty yang lain aku akan hadapkan ko ngan tips-tips diet aku...kalau nak follow..just follow..
boleh la kita melompat dengan lebih tinggi..hakhak

Almost 3 weeks berat badan aku dah turun 5kg...ko ingat sikit..ce try angkat beras 5 kila berat x...?
tanpa modal yang banyak pun..
tunggu entry selepas ni...

aku dahulu...cetttt!


















Tuesday 23 October 2012

ALLAH masih simpan

Assalamualaikum

Ya Allah , Jadikan daku dikasihi pada 
hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku 
dengan kekayaan sehingga memperolehi
120 kebaikan 
Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan 
Dia amat mengasihi daripada segala-segalanya..
Amiinn

Cik Ayiesha: Allah adalah perancang yang terbaik,Allah simpan selagi mana kita belum bersedia,
Allah juga akan berikan setelah mana aku telah bersedia..itu janji Allah buat hambanya..

Selalu amalkan Doa ini...Insyallah dan Mudah-mudahan
Aku tidak sempurna,tetapi aku sedaya perbaiki kearah kebaikan

Sunday 21 October 2012

Tak Mampu Aku luahkan

Assalamualaikum

Tiada kata-kata

Tiada sebutan 

Tiada istilah bahasa bahasi 

yang aku mampu luahkan

melainkan 

Aku terlalu rindu 

kekasih hati aku

dah lama aku x mencium 

pipi mulus makku  

tangan lembut abahku

ternyata aku rindu semua tu

walaupun mereka 

mengerti aku  keluar mencari rezeki 

Mak abah orang balik kampung minggu ni!!


Tuesday 16 October 2012

Refresh My Mind!

Assalamualaikum..

Cett..refresh my mind konon...
macam la keje kat opis ko 2 berlambak2..
meja penuh xcan untuk ruang kosong...
xde masa untuk rehat..bohong semua 2..

Aku pun macam korang juga..
bila weeked nk hirup sedut isap semua udara segar..
so bila masuk opis mood segar bugar...(dengan harapan)
tapi isnin dan selasa pagi je..
rabu bawak ke khamis jumat..layuuuu...
hahahah

nak cakap kat ko kitorang g tgk movie 
"aku terima nikahnya"
aku bg
4 stars dr 5 

 pastuh pergi putrajaya lepak sana
aku xtahu nama 
specific tempat ni yang aku tahu dekat dengan 
menara pelancongan..
best..cantik tempatnya..

 jauh dari pantai..jadi la walaupun buatannya





 jangan fokus muka aku
tgk couple belakang 2..
romtik!..jeles!
haha
baru kawin..
inai merah ag..
hakhak



 ramai yang buat outdoor
wedding la..konvo la
macam-macam
xketinggalan aku..
resort die..cantik..
kalau ko nak honeymoon 
xde masa or cuti xlama leh la 
honeymadu kat sini
anggap je korang g 
oversea..
hahah

Wednesday 10 October 2012

jahitan manikku..

 Assalamualaikum

Korang ingat x dengan entry lama aku  INI
confirm xkan ingat dah dan aku pun nyaris2 lupa akan 2..
bila aku tengok gamba-gamba aku baru aku teringat yang aku ada 
janji ngan korang kalau aku ada jahit manik aku akan 
share dengan korang..so aku tunaikan janji aku 2..walaupun aku xjanji pun sebenarnya..wekk!..
hahaha...kidding dear...

minat?xkot...
maybe saja-saja
belajar mana?
xpnh belajar..hentam je..tiru design orang jek..
xminat dan hanya mencuba
dan sekarang aku dah pun pakai untuk beberapa event..hakhak
yang penting trust ur self..

Starting....

pergelangan tangan..



kain shifon terlalu soft...err...kesabaran penting

tadaaa....mula2 npk xcantik..seyes..down..!

senyum lebar2 lepas siap..hehe

sebenarnya aku tambah lagi ni..tp x sempat amek gmba..



cadang aku nak makan masa selama seminggu utuk siapkan jahit manik ni..
akan tetapi..orang yang jahit ni dapat siapkan lewat dr masa yang dijangka..
 aku ade 2 hari sebelum event yg aku nk pakai..
dan disebabkan percaya diri sendiri aku boleh siapkan 
dalam satu hari..
10am start-10.30pm finish
non stop (kecuali take 5 sekejap)
 pastuh ko tengok pinggang aku...


 jadi dapat la aku ke convocation aku dengan baju aku ni
mood happy la...
dah xnpk labuci2 aku..gown besau sangat
sebab 2 aku just buat area tangan dan bawah je..
kalau leher memang xkan nmpak la...
planning tuh sememangnya penting bg aku...wink!


selain tuh..boleh pakai g opis..cantik-cantik dipagi hari jer.. 
huhu..



nanti ada jahit lagi aku share lagi kan..

nak tempah??

jawapan : percayakah anda dengan saya?







































Tuesday 9 October 2012

weekend aku yang sememangnya BEST..

 Assalamualaikum

sabtu ahad cuti
yok balik kampung tenangkan fikiran
tinggalkan segala masalah dikota metropolitan tuh..
tenangkan fikiran dengan kehijauan sawah
.....kecintaan....



hakhak...syok mancing...tp kene ade kesabaran yang tinggi..so kami just action...



hati-hati...tanah lembik takut pacat!

kami cucu petani..aku bangga tuh!

pening dengan perangai kiteorg..

fatimah + aisyah juling...hakhak...menjadi kot....

peace 4 sawah

lau nk dtg inform aku..cewah!

jangan roboh sudah!

oh tidak..diet pas ni (out of topic)

LOVE

Friday 5 October 2012

Tabahnya Hati Wanita Anda

Assalamualaikum

Nukilan buat sang sahabatku,

Tabahnya hati wanita anda,
kebahagian rumah tangga yang diingini 
untuk bahagia keahkirnya
diuji dengan pelbagai dugaan
bukan dipinta malah dalam  mimpi pun tak ingin
ianya datang tanpa diduga

Tabahnya hati wanita anda,
disaat suami bersama perempuan lain
anda masih mampu tersenyum 
disebalik wajah lembut itu
bagai tiada apa yang terjadi
tapi dalam hati tiada siapa yang
dapat mentafsirnya

Tabahnya hati wanita anda,
tika rahim sedang bercambah 
dan membesar dengan benih suami yang tika itu
sedang seronok bersama perempuan lain
anda kuat menghadapinya bersama baby
mencipta semangat

Tabahnya hati wanita anda,
ketika mahu ke tempat kerja,
anda mengalami kemalangan
anda diamkan dr suami
kerana takut mengangu tidurnya
demi menjaga hatinya.

Setabahnya hati wanita anda
mungkin terselit rasa sedih itu
setabahnya hati wanita anda 
yakin terbit rasa kecewa
Setabahnya hati wanita anda
pasti rasa terhiris bak sembilu


Setabahnya hati wanita anda pasti ada hikmah setiap apa yang terjadi...kuatnya anda dalam menghadapi setiap dugaan hidup..Ya Allah Kau lindungilah dia,walau kami baru kenal tapi aku sudah "respect " dia sebagai wanita yang sangat kuat..kalau aku di tempat dia sekalipun mungkin aku tidak sekuat dia..mungkin ada kebahagian dipenghujungnya..

Lelaki,
bertuahnya kau kerana dikurnia seorang isteri yang baik dan solehah
tegarnya hati kau melukakan sekeping hati wanita yg lembut itu,
setiap pengorbanannya demi anak dan keluarga,
celik dan buka la mata dan hatimu itu
semoga Allah memberi hidayah kepada kau yang bernama Suami
jangan la kau menyesal akan kesudahannya nanti
mungkin tika itu penyesalan mungkin dah xberguna..

 Aminkan doa ni: Ya Allah,kembalikan kebahagian buat mereka..lembutkan hati suaminya dalam menerima kekurangan dan kelebihan isterinya..jadikan lelaki ini seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab
serta dapat menilai setiap pengorbanan isterinya..semoga Allah permudahkan dan menunjukkan jalan kepadanya..amin..amin..ya rabbal alamin..

CA: YA ALLAH, temukan aku pada seorang lelaki yang baik,dapat menerima aku seadanya..menyayangi dan mencintai...serta dpt membimbing aku ke JannahMu..














Tuesday 2 October 2012

Mood Rambut Baru

Assalamualaikum

asal...nak teman sepupu aku je kot 
pi gunting rambut..
alkisahnya die xleh rambut panjang..
sebab asal panjang mesti demam..
korang ade x yang jd sama cam dia ni..
hahaha...pelik kan..
tapi  biasa la lain org lain caranya..

aku pantang msuk je salon 
orang gunting aku pun nak..
tapi sayang weh....
yang 2  aku lemah...
nak panjang bukan senang..
2 jenis aku...
 so,buat keputusan trim sahaja..
at least potong jugak..
supaya x kempunan.. 

 
sumber google