Sunday, 30 December 2012

Review sepejalanan 2012


 Assalamualikum

Alhamdullilah masih dipinjam roh dan jasad di saat dan ketika ini..
masih boleh bernafas menghirup udara cipta Allah SWT
bila tahun semakin meningkat macam 2 jugak umur ko makin meningkat
bukan semakin muda tapi tua..

syabas kat aku sebab dapat harungi tahun 2012 ini dengan baik
bila review balik azam-azam 2012
almost semua tercapai untuk tahun ni
ada jugak yang belum tercapai

xpela bukan semua ko boleh capai
2 semua kehendak ko dan usaha ko
beserta rezeki.

Tahun ini jugak azam aku untuk berjaya dalam semua perkara yang aku nak..
bermula dengan kejayaann aku pass untuk exam Lembaga Jururawat Malaysia.
ko hingat senang nak berjaya exam tuh..kalau ko berhempas pulas belajar tekun (konon)...
Alhamdullilah aku pass walaupun x distinction..teringin jugak

Tahun ini jugak aku bertuah sebab dalam 3 bulan je aku mengangur aku dah bekerja..kalau ko rasa kejap tuh sila la bukak mata..bagi aku tempoh 3 bulan 2 terlalu lama...nasib time tuh masa puasa + raya..xterasa sangat. Rezeki jugak..memang aku nak kan kerja seawal yang mungkin..
ko ingat senang nk cari kerja sekarang... orang yang ada degree pun sekarang susah nak cr kerja..untung la ko kalau abis2 je kerja orang panggil kerja..walaupun kekadang tuh kerja diluar skop bidang ko..yang penting pengalaman ko..macam aku totally out dari skop aku belajar dengan ape yang aku kerja..tapi untuk permulaan aku xkisah..walaupun ni jauh dari bidang aku..perlahan-lahan aku bertatih merangkak untuk cr pengatahuan dalam bidang ni..permudahkan aku..

Last Azam aku nak beli keretakan..masih belum tercapai..mugkin akan di forward ketahun hadapan atau tahun berikutnya..keperluan atau kehendak?
keperluan.....untuk senang aku pergi keje dan balik kampung!

Disudahi dengan Bismillah untuk tahun 2012..dan mengharapkan 2013 yang bakal datang yg tinggal beberapa jam je lagi tahun murah rezeki aku dan korang..



Wednesday, 26 December 2012

Si Gadis Susu

Assalamualaikum...

Ingat x entry sebelum ni..
kalau ko baca la kan..
aku malas nk linkkan sebab entry yg sebelum ni je..
tak susahkan nak cari..
yang aku dok cerita kat korang pasal susu skim sunlac itu..
aku dah pun beli..taksub x?..ko hagak?..

masuk hari ni dah 3 hari aku minum..
aku dah dapat perbezaannya..
aku xtahu orang lain..
tapi ianya berbeza dengan sistem tubuh badan aku..
pertama sekali aku nak cakap susu ni
sama macam susu-susu tepung yang lain..
kalau ko pecinta susu..boleh la ko minum..
selamat aku dibesarkan susu..so boleh minum sambil senyum..xde picit-picit hidung..

hari pertama aku minum susu ni..xde perubuhan kat sistem badan aku..
masuk hari kedua aku dah dapat perbezaanya..

aku seorang yang jenis BO (bowel opening a.k.a buang air besar) tiap-tiap pagi..so hari 2 aku "termiss" dengan BO aku 2..ok xpela..bila petang aku baru terasa nk BO..kat sini aku agak xpuas hati sikit..sebab dengan tetiba aku sembelit..aku jarang sembelit..dah kenapa?..xpe mugkin malam semalamnya aku makan bukan2..be positive

dan esoknya pulak aku diarhea..itu sangkaan aku..tapi aku xsakit perut..dah pulak?..
mungkin sistem badan aku baru terima benda baru kot..ok aku terima..

dan hari seterusnya dah okey..like usually..still BO every morning..no more diarhea or sembelit bagai..
dan satu kalau ko jenis memerhati ko akan nampak your feces nampak lain..lain macam mana 2..i mean dia agak "berlendir"..i dont how to explain secara halus...biar agak geli janji aku straight biar ko faham ok..hakhak..yekyek..

yang bagusnya susu ni..ko xkan rasa lapar yang teramat sangat..sampai perut ko boleh buat lagu pop rock..
nak makan xpe..xmakan xpe...





nak?..meh nak cuapkan

 stok kat ofis..kat rumah pun ada jugak..adilkan?
si pencinta susu dikala ini

 susu bagus untuk kesihatan
nak kulit cerah?
nak gigi sihat?
nak tulang kental-kental?
jom minum susu beramai-ramai
jangan ko salah susu sudah...








Monday, 24 December 2012

Misi Seterusnya

Assalamualaikum..

ada masa less than 10 minutes..sebelum balik...
sepanjang hari ni keseorangan di opis..
almaklumlah esok umumkan cuti..
so yang lain sambung la cuti..syiok kan
disebabkan semua cuti..so kena kerja supaya opis xkosong..
sebenarnya bukan ada kerja pun..huhu..

so,research untuk hari ni..
disebabkan ramai yang offer aku Alpha Lipid la Herbalife la..
aku pun buat la kajian pasal benda2 ni..
aku baca banyak blog..dan aku dah ada jawapan untuk diri aku sendiri..
yang mana yang perlu aku pilih..

untuk makluman aku bukan pakar Nutrisi
aku dah buat pilihan..aku x pilih yg kedua-dua diatas..
tapi aku pilih susu skim SUNLAC

sebab ape?

korang google la sendiri...

nanti korang dapat jawapanya..

Baca dan teliti mana yang korang rasa yang korang nak...

aku nak cuba dulu..

bila dah try aku akan share ngan korang lagi okey..



Monday, 17 December 2012

Undangan Paksa Rela Tapi IKHLAS Part II

Assalamualaikum,

sebelum engkorang baca entry aku ni..
baca dula yang Part I kang ada yang ternganga xfaham...

orait settle dah...

lets go...

Episod seterusnya...

Jawapannya AKU PERGI DENGAN IKHLAS...

berat mata memandang lagi berat bahu aku yang memikulnya...

hagaknya ni jela kot peribahasa yang paling sesuai dengan condition aku sekarang ni...
kalau ko nak menyampah...*silakan
aku pun menyampah..

Aku datang dengan majlis 2 dengan muka 10sen...muka 10sen pun lagi cantik kot dr muka aku..
masa aku datang pun jam dah pukul 4.30 pm kot..

Khemah dah dikemaskan dan angkat kot..cepat sangat bagi aku..paling-paling tunggu la sampai pukul 6pm ke..kurang rundingan dr pihak catering kot..kesian tetamu yang dtg..mungkin hari 2 masih lagi berkerja ...macam haku...
asal aku macam over..bukan wedding ko pun..suka hati dia la..ntah2 majlis dia 11pg - 4ptg je..
aku je xtahu ape..ko yang dtg lambat...*ampun xsengaja...

Alhamdulilah..
kedatangan aku disambut baik oleh "mak idah"..
layanan dia kat aku masih sama xde ade bezanya..

kami bersalaman..mendakap erat..
tika aku didalam dakapannya..
cuping telinga aku menangkap
"menantu xjadi mak..
"xpela..jadi anak angkat mak pun xpe"
walaupun hanya suara halus dan perlahan
tapi ianya kuat digegendang telinga aku
sayu buat seketika.
hanya senyuman yang mampu aku  lemparkan
ketika dan saat itu..

bila aku memandang seraut wajah itu
penuh dengan sifat keibuan
hilang rindu aku pada mak kat kampung
walau tak nampak dimana persamaan wajah mereka
bagi aku ada irasnya mereka.

aku ingat cerita lama antara aku dan dia akan tertutup
macam itu saja, tetapi tak
mak idah tetap mempersoalkan nya lagi
bagi aku semuanya dah berlalu..
mak idah seakan xboleh terima lagi
perpisahan antara kami.
bagi aku sekarang ini
pertalian saudara seislam
antara aku dan keluarga mak idah
yang perlu aku pertahankan.
kisah lama kami biarlah
masa yang tenggelamkan.

aku faham mak idah mengharapkan
hubungan kami berpanjangan hingga keakhirnya
sehebat mana kami pertahankan
sekuat mana kami ikat
seketat mana ikatannya juga
kalau perpisahan yang tertulis
buat kami yang Dia kehendaki
Kun fa ya kun....

dan yang paling aku xsangka
airmata yang mengalir di pipi mak idah
walaupun aku sendiri dah kering airmata
untuk menangisi ini semua
ternyata aku gagal untuk memberi kebahagian kami untuk mak idah

Antara aku dan dia pun macam xde apa yang berlaku
sekadar senyum dan sembang kosong
ya,ternyata aku terasa yang sangat ganjal.
tapi xpela sekurang-kurangnya kami xbermusuh
itu harapan aku

sekian..
ikut engkorang la nak cakap ni pantun ke puisi ke madah berhelah ke nk syair pun xpe...
xkisah..aku bagi je...

no picture this entry..sebab xde perasaan time ni..setahu aku,aku cantik masa hari itu.
motif: biar la aku yang tahu...yes!yang penting aku cantik dr dia opsss!siapakah?
bukan dr mulut aku tetapi mak idah.....senyum sampai besok! :-)












Friday, 14 December 2012

Undangan Paksa Rela tetapi IKHLAS

Assalamualaikum..

sebelum aku memulakan story morry aku ni..aku nak korang sentiasa be (+) kat aku okey...

Aku dapat call dari "mak idah" ..who "mak idah"?..aku singkatkan cerita "mak idah" ialah mak  kpada ex-boyfriend aku.
dan disebabkan aku rapat dengan mak dia sejak dr dulu walaupun aku dan anak dia dah lama terputus (aku putus secara baik)..hubungan kami tetap rapat dan masih terjalin..Alhamdullilah sangat sekurang-kurangnya hubungan antara kami xpernah terputus begitu sahaja..mungkin disebabkan pertalian sesama saudara islam 2 agak kuat..mak dia still melayan aku seperti anak nya sendiri..sesekali kami akan menalifon...walaupun xkerap..aku anggap "mak idah" macam mak aku sendiri..
bila aku teringat ataupun rindu..dan teringin nak call pasti xlama kemudian antara aku atau "mak idah" akan call dulu..
"mak idah " sentiasa dapat baca ape yang ada kat benak fikiran aku dan hati aku..mugkin ada   chemistry antara kami..hanya aku yg perasan kot!

Baru-baru ni semalam (13/12/12) mak idah call aku..untuk ajak datang ke kenduri kawin dekat Sri serdang (umah mak lang)..aku pernah kesana dan xjauh pun dr tempat aku ni..

ayat masa  mak idah call..

"asal kat sini..mak teringat aisyah..datang la ya..semua ada ni..abang f**** pun ada"

Aku terima pelawaan 2 dengan seikhlasnya..aku xkisah pun..lagipun dah lama sangat aku x jumpa mak idah..last raya tahun lepas kot..aku pun x pasti...

tetapi satu yang aku fikirkan perkataan "abang f****" tu...sebenarnya aku xtahu nak hadapinya macam mana..

Aku takut?..no.sebab ape aku nak takut..bukan aku salah ape pun dengan dia..
Aku malu?..untuk apa...xde apa dimalukan...
Aku benci?..bukan sebab utama kot...sebab benci dan marah dah lama aku buang dr hati aku..sebab siapa aku untuk menghukum dia.
Au kecewa?...dulu mugkin..tetapi sekarang aku dah redha dan terima setiap ketentuanNya..
dia bukan jodoh aku..

Dah perasaan ko aisyah..jangan nak ngada-ngada leh x?

ni perasaan aku:

)**^&$56 + 934x 7351789 x(2xy X 4xy) = ko suruh cikgu add mate jawap pn dia xkan leh jawp

tapi kalau ko ngan cikgu addmate tuh masuk dalam diri aku sama-sama dengan hati aku bersemadi dengan aku tidur bangun dengan aku..*ayat aku melampau kan...  tahu la jawapan nya kot..

sebenarnya aku xkisah langsung untuk berhadapan dengan ni semua..(kuatkan semangat)..sebab aku tahu aku kuat...aku akui.. tapi aku xtahu reaksi aku dan dia bila kami berjumpa..
setelah sekian 7 tahun bercinta dan putus ditengah jalan..putus hanya melalui fon dan last jumpa raya tahun lepas jugak..tahun lepas..bukan tahun ni..lama tuh..dan mungkin akan  jmpa esok (15/12/12)...dengan status yang berbeza..no relationship antara kami.. dan aku dah lama anggap dia hanya kawan..itu aku..

macam mana dengan dia?
apa reaksi dia?
macam mana aku nak berhadapan dengan dia?

nak sengeh2 kat dia..dah macam aku mengedik..
nak jeling,tarik muka..xmugkin sebab aku xnak jd sombong..biar org jahat dengan aku asal aku xjahat dengan orang...bukan bermakna dia jahat dengan aku..sila faham)

apa dia cakap?..bila aku datang nanti?

 (sedangkan yg jemput mak dia..aku dan dia x berhubung..sebab aku hormat keputusan dia untuk putus..that means dia xnak ada ape2  antara  kmi..aku cuba faham situasi)

sedaya upaya aku fikir macam mana untuk aku bagi keputusan yang terbaik.. sama ada aku pergi atau aku menolak secara baik pelawaan dr mak idah..

14/12 @ 8.03am
Aku dapat call dr "mak idah"..
macam mana jadi ke datang...

aku tersentuh..aku serba salah..aku kesian..aku terharu..aku xsampai hati..aku xnak kecikkan hati sesiapa..

hanya jawapan dari aku..

mak..aisyah sebenarnya hari sabtu ni ada kerja..sebab ade program kesihatan kat tempat kerja..
kalau pergi pun mungkin petang atau malam aisyah datang sana...nanti ape2 hal aisyah call mak balik..

 Mak idah: yela..mak tunggu..ape2 bg tahu ye..

penggunan mak 2 memang dari dulu..bukan dari aku..tetpi mak idah sendiri yang suruh aku bahasakan mak dengan dia..mgkin lebih selasa..tetapi kekadang aku tersasul jugak makcik..
sememangnya ari  2 pulak memang aku ada duty kat tempat kerja aku..dan sebenarnya aku juga memikirkan transport..memandangkan aku hanya menumpang dan mengikut bila sepupu aku free dan if dia okey..baru aku dapat pergi..

aku pergi ke?

ko tunggu jela next entry aku maybe next week..
sebab aku sendiri xde jawapan sekarang ni..

Mak idah..aisyah pun rindu kat mak..in sha Allah..kalau ada rezeki untuk kita jumpa..akan dipermudahkan...

Dan antara aku dan dia..biarlah masa dan keadaan yang menuntukan...aku okey je..
nak tahu reaksi antara kami .

bersambung.......

sedutan episod minggu depan.....


(hape ko ingat drama cerita ko ni..........)






 
...Buat ko yang rindu aku...ahaks!




















Wednesday, 12 December 2012

kalau dah tekak ko melayu..melayu jugak

Assalamualaikum

ko kata ko diet kan?
mane poie nye diet ko...
eh...still diet tapi kadang-kadang 2 punah luluh jugak diet ko diatas sebab-sebab tertentu..
apenya yang mbuatkan ko punya diet terjejas..sebab ko xdisplin kan aisyah??...yup,kekadang aku  gagal jugak untuk melawan nafsu pantang nampak aku..at least x macam dulu..sekarang boleh control and limit.
makan tapi beragak...

contohnya..dan benda ni berlaku sebenarnya...
ko pergi umah orang..dan hidangkan nasi dan lauk pauk yang memang selama ni ko stopkan dr pengambilannya..orang pulak..jemput la makan..jemput..jemput..jangan  malu-malu..banyak masak ni...bayangkan la kari kepala ikan..and kepala ikan 2 seakan-akan mengangguk-angguk panggil makan..nampak x aku tipu kat situ semata-mata nak korang interested lagi baca..* mengarut.

....petang bila ntah pegi la kedai runcit saja asalnya nk beli barang dapur yang mana yang dah abis..teringat spaghetti aku lagi 2 bungkus kat umah 2 yang belum terusik..1 bungkus dah abis 2 pun jenuh...

konon nak tukar taste la pulak kan..ternampak la makaroni..muka excited ko beli terus.. nak pelbagaikan la menu diet la katakan...

Nah ni la hasilnya makaroni aku...



ko pakai ape..prego eah?
xde maknanya la weh..
prego ade je dalam peti ais tuh..
tapi sardin tetap pilihan aku..
so buat sardin tumis..
xpelakan..yang tertukarnya nasi dan makaroni
 lauk tetap sama..tp kalau aku makan ngan nasi mungkin nasi akan bertambah kot..
tapi makaroni ni je ..nampak x permianan aku disitu..hahaha..

2 la kan kalau dah namanya ko tekak melayu tetap sama je..nak jugak yang macam ni..baru nak belagak jd omputeh sikit...huhu...

dan ntah bila jugak makaroni yang satu bungkus 2 akan abis.


Sunday, 25 November 2012

Safi : Cahaya Balqis Girls

Assalamualaikum

Mohon Jasa baik kalian untuk LIKE page SAFI ini
dan buka galeri seterusnya mencari 
" CAHAYA BALQIS GIRLS"

Cari la gambar2 ni kat situ ye
dan sumbangkan like anda kepada gambar itu

Terima Kasih korang
saya menghargai jasa baik anda
 semoga Allah membalasnya.

Cari la gambar-gambar ini 





Wednesday, 21 November 2012

Safi balqis produk baru lagi..yeyh!

Assalamualaikum...
 

Cinta hati keluar produk baru..
selalu dengar produk lain yang selalu keluar BB cream ni..
nak beli tapi masih menangguhkan dulu sebab memikirkan jenama lain..
akhirnya kesabaran aku selama ni terbalas jugak bila Safi Balqis dah pun megeluarkan 
produk terbaru ni iaitu BB cream dan juga disamping tu juga ade 2 lagi produk terbaru keluaran Safi Balqis ni iaitu Gel pengelupasan dan Losyen pelembap kawalan minyak...jangan ketinggalan dapatkan nya..aku confirm2 la akan gigih mencarinya,,sebab dah tengok watson or guardian area bangi/serdang  ni xjumpa lagi..mungkin masih baru...kalau dah beli n pakai aku akan share lg ok keberkesanan nya pulak


Photo: Dalam memastikan kulit tampil berseri serta cerah sempurna, ramai terpaksa mengambil masa yang lama menggunakan krim wajah berbeza untuk menutup cela, melembap dan menyamaratakan tona sebelum mengenakan solekan tanpa menyedari ia sebenarnya memudaratkan kulit. 
Penyelesaiannya? Gunakan Krim BB SPF30PA++ dengan Vitamin E SAFI Balqis Perfect 10 sebagai asas solekan untuk menyerlahkan penampilan, mencerah, melindungi juga memulihkan kulit dari dalam agar tampil sihat, berseri dan cerah sempurna.
BB CREAM
Photo: Wajah berminyak? Usah risau lagi dengan Losyen Pelembap Kawalan Minyak SPF15 SAFI Balqis Perfect 10 baru!
Dengan rumusan berasaskan air, ia bertindak membekalkan lebih lebih lembapan untuk kulit wajah sambil mengawal kulit daripada berminyak di samping menyamaratakan tona serta memperbaiki tekstur kulit. Formulasi Nano BioWhite & Q10 pula bertindak lebih efektif untuk mencerahkan kulit melalui 10 Tindakan Lengkap yang menjadikan kulit halus, mulus dan cerah sempurna bak duta SAFI Balqis kita :)
LOSYEN PELEMBAP KAWALAN MINYAK
Photo: Jangan picit bintik-bintik hitam tu! Gunakan Gel Pengelupasan SAFI Balqis Perfect 10 baru yang membantu menghilangkan bintik-bintik hitam dengan mudah, menjadikan pori-pori lebih kecil dan kulit terasa lebih halus apabila dibelai. Hanya urutkan gel pada muka dan leher selama 1-2 minit dalam gerakan memusing sehingga gel membentuk gumpalan keci kemudian bilas hingga bersih. Ia mudah, pantas dan tak sakit! Ucap hello pada kulit lebih halus dan mulus :)
GEL PENGELUPASAN      



















Sunday, 18 November 2012

Alhamdullilah Rezeki Seterusnya

Assalamualaikum

Alhamdullilah
rezeki dari Allah
buat anak-anak peneroka
mungkin korang tahu..
yang mana xtahu 2 cari2 sendiri.
no komen pemberian sebab apa dan kenapa.
Bagi aku semua tu rezeki dr Allah
tak de istilah bongkak mahupun takbur.
insyaallah..

Tuesday, 13 November 2012

Selamat Datang Muharam

Assalamualaikum

Zulhijjah dah pun sampai ke penghujungnya.
Muharam sudah sedia menunggu untuk hadir.

Dikesempatan ini jom la kita bersama-sama 
menbaca Doa Akhir Tahun
dan Doa awal Tahun
banyak manfaatnya.

Aku kongsinya bersama korang..

DOA AKHIR TAHUN 

 Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.


 

sesiapa yang membaca doa ini Syaitan berkata“Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”




DOA AWAL TAHUN  

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.



sesiapa yang membaca doa ini: syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”


Sunday, 11 November 2012

Rombongan Cik Kiah

Assalamualaikum 

10 .11. 12

Tarikh yang agak cantik
semestinya ramai yang 
memilih untuk buat majlis 
sama ada perkahwinan atau pun pertunangan
tak ketinggalan jugak abg sepupu aku
melangsungkan pertunangannya 
dengan gadis pilihan hati.

biarlah gambar bercerita sepanjang majlis itu






















Thursday, 1 November 2012

Mulakan dengan OAT




Assalamualaikum

Jangan terlepas dengan entry2 sebelum ni:


Tetap gigih dengan usaha2 ko...rupanya ada jugakkan blogger lain yang nak diet macam aku jugak..bagus2..bukan semata-mata ko nak cantik..tapi sihat...ntah bila aku start fikir semua ni (tahu pun ko aisyah nak jaga kesihatan selama ni bedal je kan semua)...tu duluuuu laaa...

Bila diet ni semua akan berubah dengan pemakanan ko..dari pagi ape yang ko makan sampai la ke petang...kene hati-hati setiap pengambilannya..sebab kalau x ko sendiri akan tewas..

Pagi-pagi aku xkan pernah untuk mimpi nasi lemak bagai mulai sekarang..anggap jela ko benci sangat dan fikir xsedap...walaupun hakikatnya lazat dengan sambal tumis yang ummph!..tapi 2 semua mental je..bila hati ko dah kata yang ko xnak dan dah anggap nasi lemak 2 macam-macam..automatic your mind cakap x nak..psyco je lebih...

Dan mulakan dengan Quaker Oat...kalau ko nak tahu khasiat oat ni ko baca kat SINI macam-macam kebaikan..ko hingat aku senang-senag je nk makan oat ni..aku ada cerita dengan oat ni..

kalau x silap aku 2 tahun lepas..aku pernah beli oat..sebab dah lama dengar yang oat ni boleh turun kan tahap kolesterol,,so aku beli la yang pek besar..kemain lagi kan time 2..beli-beli excited lebih nak makan terus, tanpa aku tahu cara bancuh yang betol..aku bancuh jela oat 2 dengan air panas sahaja tanpa susu...!
bila dah ok gaul2 baik punya la larut bagai...makan la...

Suapan pertama- *gulp....biar betol rasa dia ni..gigih untuk telan
Suapan Kedua-* Fikir xnk membazir..telan jugak!
Suapan Ketiga-* xmampu dah...dengan rasmi terkeluar segala isi perut.

Menyesal dan xnak makan dah..xsedap!!!
padahal ko yang xtahu cara bancuhnya..memang la..sudah nya bg semua kat mak aku..bg mak makan...
mak aku pun tahu bancuhnya guna susu..tp xnak try dah..sebab masih bayangkan rasanye waktu 2..

Dan sekarang ni...

Beli semula Oat ni..cuba balik untuk makan sebab dah tahu cara nak bancuhnya..xnak beli pek besar terus..beli yang paling kecik je dulu..
Aku mulakan dengan 3 sudu oat dulu..testing dulu...ok boleh masuk tapi xboleh dengan kuantiti yang banyak..slow2..
masuk hari kedua 5 sudu terus ko...berlagak...dah tak abis sikit je lagi..last2 suapan semuanya telan paksa..
Hari ketiga kene buat perubahan aku buat 5 sudu plus 2 sudu nestum...yeh!..abis dengan jayanya..sebab ade nestum backup rasanya..xla rasa oat semata-mata.

Dah pun habis pek kecik dan dah pun beli pek besar yang sekilo 2..hamek kau..
sekarang oat  dah jadi favorite aku..setiap pagi sebelum pergi kerja aku akan pastikan aku ambil ni..dan kalau xsempat aku akan makan dimalam hari..dan pastikan setiap hari ambil oat..lagi banyak lagi bagus...


















Permulaan Diet

Assalamualaikum

Pagi tadi aku hapdet pasal yang aku diet kan...so sekarang ni aku ceritakan permulaan untuk segala-galanya..
aku tahu korang semua selim-melim...*jeles teramat
Permulaan yang ni bagi aku yang agak susah..totally chance dan ko kene biasakan dan ko kene buat setiap hari bukan kadang-kadang..
Dan saat dan ketika ni semua jadual pemakanan ko berubah serta merta..xkn de lagi nasi lemak dipagi hari , xkan ada lagi nasi putih,ayam goreng sambal belacan dan masak lemak bagai...dan xmungkin untuk makan nasi goreng kampung telur mata untuk dinner...full stop. 

Aku bersedia dengan tu semua?

 -sampai bila untuk aku cakap tidak..dah tiba masa aku kena cakap ya..

Antara benda-benda penting yang patut ko buat sebelum ko Start DIET:

  1. Timbang berat badan ko sekarang ni..kalau boleh pakai penimbang digital..measure lebih tepat
  2. Sedia kan 1 buku untuk rekod peribadi ko
  3. Kira BMI ko yang sekarang ni dan rekodkan
  4. Dalam buku tadi buat jadual Penimbangan ko..Kalau aku buat seminggu sekali..jangan timbang hari-hari pastikan ikut tarikh penimbangan. Dapat pastikan penurunan berat tu nanti.
  5. Tetapkan matlamat berapa yang hendak diturunkan..sehingga BMI mencapai tahap ideal.
  6. Buat juga jadual pemakanan..rekod apa yang ko makan pada hari tu..leceh..tapi penting..
  7. set kt minda k ko "AKU BENCI NASI".
take note: tunggu untuk entry seterusnya...hadap jela pasal Menu Diet aku...kata ko nak selim-melim...

Wednesday, 31 October 2012

Segalanya berubah

Assalamualaikum

Bila cakap pasal diet je..semua pasang angan-angan tinggi mengunung..mulut senang je cakap start hari ni nak diet...wah,hamboi ko..macam makan kacang goreng..kacang goreng pun susah nak makan taw..pulak x pandai kopek (buang kulit...jangan cakap aku mencarut lak...xpasal-pasal ko)..

Memang semua dari niat..tapi kalau setakat niat je tp ko tak amalkan memang xkan jalan..macam aku..aku rasa dah kali keberapa aku cakap nak diet tp aku x buat-buat..ye,kalau ko xde semangat yang tinggi dan  mental yang kuat memang ko kan jatuh dan putus asa..ko tanya aku dah bape kali aku fail dengan nafsu makan aku..xsoh tanya...selalu!

Dulu memang aku akui masa student..aku nak makan aku just makan..sebab time 2 aku rasa selagi bergelar pelajar nk makan ape makan la..tanpa ko kesah ape pun...sebab nanti-nanti bru pikir nak kuruskan badan..time nak enjoy lagi..selagi leh makan, makan tetapi masih belum obesiti.

Sekarang dah mula bekerja dan berfikir untuk berubah. bukan sebab semata-mata ni mengikat perut sebab xde duit..sebab dah tiba masa nya aku fikir masa depan aku..kenapa ko x laku ke?..nop,sebab biarla aku yakin dengan diri aku sendiri nanti dah tiba masa aku kena kawal berat badan, kesihatan luar dan dalam.
kenapa aku cakap macam itu..ini alasan aku

  • Umur aku dah meningkat walaupun baru sweet 21 tahun..:-)
  • masa untuk jaga kesihatan luar dan dalam
  • Kau akan jadi pengantin one day (ntah bila.........)
  • Kau akan jadi bakal ibu..memerlukan tahap kesihatan yang sangat tinggi
  • Badan yang nak pakai lama..bila dah tua macam-macam penyakit datang..mintak dijauhkan..
  • Tahap ko nak lagi bergaya lagi tinggi..xdela 2 xkene nie xkene..
ko hagak munasabah x sebab2 aku..yup,aku memang seorang yang pemikiran jauh..aku xkan fikir apa yang akan berlaku esok..aku akan fikirkan ape yang akan jadi 4,5 tahun akan datang..

Dengan rasminya aku sekarang on DIET...bukan sekadar cakap kosong tapi niat dan azam yang tinggi..
Untuk entry-enrty yang lain aku akan hadapkan ko ngan tips-tips diet aku...kalau nak follow..just follow..
boleh la kita melompat dengan lebih tinggi..hakhak

Almost 3 weeks berat badan aku dah turun 5kg...ko ingat sikit..ce try angkat beras 5 kila berat x...?
tanpa modal yang banyak pun..
tunggu entry selepas ni...

aku dahulu...cetttt!


















Tuesday, 23 October 2012

ALLAH masih simpan

Assalamualaikum

Ya Allah , Jadikan daku dikasihi pada 
hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku 
dengan kekayaan sehingga memperolehi
120 kebaikan 
Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan 
Dia amat mengasihi daripada segala-segalanya..
Amiinn

Cik Ayiesha: Allah adalah perancang yang terbaik,Allah simpan selagi mana kita belum bersedia,
Allah juga akan berikan setelah mana aku telah bersedia..itu janji Allah buat hambanya..

Selalu amalkan Doa ini...Insyallah dan Mudah-mudahan
Aku tidak sempurna,tetapi aku sedaya perbaiki kearah kebaikan

Sunday, 21 October 2012

Tak Mampu Aku luahkan

Assalamualaikum

Tiada kata-kata

Tiada sebutan 

Tiada istilah bahasa bahasi 

yang aku mampu luahkan

melainkan 

Aku terlalu rindu 

kekasih hati aku

dah lama aku x mencium 

pipi mulus makku  

tangan lembut abahku

ternyata aku rindu semua tu

walaupun mereka 

mengerti aku  keluar mencari rezeki 

Mak abah orang balik kampung minggu ni!!


Tuesday, 16 October 2012

Refresh My Mind!

Assalamualaikum..

Cett..refresh my mind konon...
macam la keje kat opis ko 2 berlambak2..
meja penuh xcan untuk ruang kosong...
xde masa untuk rehat..bohong semua 2..

Aku pun macam korang juga..
bila weeked nk hirup sedut isap semua udara segar..
so bila masuk opis mood segar bugar...(dengan harapan)
tapi isnin dan selasa pagi je..
rabu bawak ke khamis jumat..layuuuu...
hahahah

nak cakap kat ko kitorang g tgk movie 
"aku terima nikahnya"
aku bg
4 stars dr 5 

 pastuh pergi putrajaya lepak sana
aku xtahu nama 
specific tempat ni yang aku tahu dekat dengan 
menara pelancongan..
best..cantik tempatnya..

 jauh dari pantai..jadi la walaupun buatannya





 jangan fokus muka aku
tgk couple belakang 2..
romtik!..jeles!
haha
baru kawin..
inai merah ag..
hakhak



 ramai yang buat outdoor
wedding la..konvo la
macam-macam
xketinggalan aku..
resort die..cantik..
kalau ko nak honeymoon 
xde masa or cuti xlama leh la 
honeymadu kat sini
anggap je korang g 
oversea..
hahah

Wednesday, 10 October 2012

jahitan manikku..

 Assalamualaikum

Korang ingat x dengan entry lama aku  INI
confirm xkan ingat dah dan aku pun nyaris2 lupa akan 2..
bila aku tengok gamba-gamba aku baru aku teringat yang aku ada 
janji ngan korang kalau aku ada jahit manik aku akan 
share dengan korang..so aku tunaikan janji aku 2..walaupun aku xjanji pun sebenarnya..wekk!..
hahaha...kidding dear...

minat?xkot...
maybe saja-saja
belajar mana?
xpnh belajar..hentam je..tiru design orang jek..
xminat dan hanya mencuba
dan sekarang aku dah pun pakai untuk beberapa event..hakhak
yang penting trust ur self..

Starting....

pergelangan tangan..



kain shifon terlalu soft...err...kesabaran penting

tadaaa....mula2 npk xcantik..seyes..down..!

senyum lebar2 lepas siap..hehe

sebenarnya aku tambah lagi ni..tp x sempat amek gmba..



cadang aku nak makan masa selama seminggu utuk siapkan jahit manik ni..
akan tetapi..orang yang jahit ni dapat siapkan lewat dr masa yang dijangka..
 aku ade 2 hari sebelum event yg aku nk pakai..
dan disebabkan percaya diri sendiri aku boleh siapkan 
dalam satu hari..
10am start-10.30pm finish
non stop (kecuali take 5 sekejap)
 pastuh ko tengok pinggang aku...


 jadi dapat la aku ke convocation aku dengan baju aku ni
mood happy la...
dah xnpk labuci2 aku..gown besau sangat
sebab 2 aku just buat area tangan dan bawah je..
kalau leher memang xkan nmpak la...
planning tuh sememangnya penting bg aku...wink!


selain tuh..boleh pakai g opis..cantik-cantik dipagi hari jer.. 
huhu..



nanti ada jahit lagi aku share lagi kan..

nak tempah??

jawapan : percayakah anda dengan saya?







































Pictures of Beautiful Islands