Powered By Blogger

Tuesday 31 July 2012

Saturday 28 July 2012

Give Away B TO B Collection



JOM JOIN SEGMEN NI
SENARAI HADIAHNYA SINI

MANA LA TAHU REZEKI MENYEBELAHI ANDA KE...

http://mtlurvehanna.blogspot.com
http://kechixx.blogspot.com
http://mi2-bluebird.blogspot.com

Second Giveaway by Sazalina Zakaria



Untung-untung rezeki menyebelahi..sapa tahu..
^_^
Tak salah cuba..jom ramai-ramai..



The deadline for this giveaway is on 31st July 2012.








kembali pulang kepangkuan

Assalamualaikum

Dah lama dia xpulang ke rumah ni
hampir 5 bulan
tanpa khabar berita
apatah lagi surat mahupun talifon..(emosi sekejap)
senyap sunyi rumah ni tanpa dia
walaupun yang dia hanya tahu makan dan tidur
kami tetap hargai dia dirumah ini
xpernah kami menghalau dia
apalagi membuangnya..
sangkaan kami dia hanya pergi buat sementara
tetapi masuk sebulan dia meninggalkan rumah ni
kami hanya mengingati dia telah "merajuk" dgn  kami atau  mungkin "meninggal"..

Di subuh hening pagi tadi
seakan-akan dia menberi salam (gaya bahasa dia)
lalu mak membuka pintu setelah yakin akan suara dia tanpa was-was..
betul sangkaan mak..dia pulang
tanpa berkata apa-apa
terus dia mencium kaki kedua ibubapaku silih berganti
seakan memohon maaf atas pemergiannya selama ni tanpa "memberitahu"
tak semena-mena mak mengalirkan airmatanya
sedih dan terharu atas kepulangannya
di bulan ramadhan ni..
mungkin dia menbawa rezeki-kata mak

Itulah kepulangan terindah 
walau dia hanya seekor KUCING...
kami xpernah meletakkan sebarang nama keatasnya
hanya sekadar memanggil "mieeow" je..(aku xreti nak eja..leh la 2)
setiap kali panggil dia..
walaupun aku bukan seorang pencinta kucing..
(ada sebab kenapa..nanti aku ceritakan dekat entry yang lain)
tapi aku masih mampu menghargainya..
walaupun dia hanya kucing..
dia la yang menjaga rumah kami bila ketiadaan kami
dia la yang selalu menangkap cik Ti (xleh panggil nama penuh nnt makin bnyk dia dtg) dirumah ni
dia la yang selau berkongsi makanan dengan kami terutama bila makanan bnyk lebih..dia yang habiskan..kami x membazir
dia la yang berjaga waktu malam tika kami enak di buai lena
(bila siang dia yang terbongkang tidur)
terlampau banyak jasa dia pada kami sekeluarga..
selamat kembali ye mieeow..
dah jangan nak lari menbawa diri
duk je kat sini..
makan minum ko terjamin..

* tu la kan orang cakap..bila kucing 2 dah dpat tahu bau rumah kita..sejauh mana pun kalau kita buang nanti dia pulang jugak..ntah..orang la cakap..

* tu baru kucing yang pulang..hati seorang ibu mcm mak aku dah tersentuh..
macam mana la pulak kalau anak-anak yang xpulang-pulang kerumah..apa yang ibu2 rasakan??




Thursday 26 July 2012

Aku dah angkat bendera merah..korang bila lg?

Assalamualaikum

Bendera Merah..
ibu negeri mana pulak 2..
kelantan ke?
dah-dah jangan nak buat-buat tak faham..
bagi kaum adam korang xde okey..
perempuan je..
nampaknya aku "direhatkan"  sementara 
dari berpuasa..
syok ke..bagi aku biasa je..kalau diikutkan aku 
bulan ni "dia" xpayah dtg pun xpe..
kang xdatang..risau pulak aku..haha..
isy..datang jela..

Apa lagi..bila x puasa ni
agak-agak korang yang perempuan 2 xmakan ke?
bohong naw..mesti makan kan..walaupun sekadar minum air..
cerita aku hari ni..
memandangkan ayah dan adik aku pi sembahyang jumaat..
aku pun apa lg ambil kesempatan tok kenyangkan perut la..haha
nasi dah ade..aku rebus telur masin n goreng keropok kering buat lauk..
(sebab yang ni yang xmelibatkan tumis-tumis..kang satu rumah berbau..
awal ko masak??)..err...masakan selamat..
xkan aku nak masak sedop2..ala kadar dah la...
hehe..bg aku sedap dah 2..
dok leka-leka makan sambil tengok tv..
dengar bunyi motor adik aku balik..
hah..x gelabah aku g dapur..basuh pinggan..
selekeh tol perangai aku hari ni..

*sambung masuk bilik layan Cadbury..ngeh..ngeh*

Life ain't a fairytale by Teenager housemaid

Assalamualaikum

Hari ni mood excited sebab barang yang aku order
dah pun selamat sampai..terima kasih Miss M
Bagi yang follower Miss M 
mesti tahu pasal Zine dia ni kan..

Sesiapa yang belum kenal dan xtahu pasal zine ni 
boleh korang pergi ke blog Miss M, dan
kalau boleh baca setiap enrtry beliau
dan serba sedikit korang akan faham
disebalik Zine ni

To Miss M:
1) Good
2) Penulisan yang penuh makna
3) insyaallah untuk yang kedua akan lebih baik
^_^





Saja nak tunjuk yang dah zine ni sampai..haha

 Soalan untuk pembaca..


jawapan dari aku..

Wednesday 25 July 2012

Menu berbuka?mesti sampai fening xtaw nak masak apa..

Assalamualaikum

Baru ramadhan ke 5
dah fening nak fikir..
hari ni nak masak apa?

Mak tanya aku...
nak beli apa hari ni..ikan apa? ayam ke? syur apa?

jawapan aku?
ntah..(angkat bahu..geleng pale)..xde jawapan la weh..

Ape yang beli itu la yang aku masak..then baru la planning nak masak ape..
Bagi aku dan family jenis menu time berbuka nasi dan lauk pauk..
dan ade sesetengah family suka jenis sesuatu menu macam 
nasi ayam, nasi tomato or mcm lagi la..ntah,
jarang kot berbuka menu cam tu..
nasi mesti nak kene ada..wajib!.mana badan x besaw..

Dan aku yakin ramai suri-suri rumah pening 
pikir pasal juadah untuk berbuka ni..
nak lauk yang sama..bosan pulak nanti..
xpe hang pi google
type je nak resepi apa
"ayam percik ala rusia"
haha..teringat cerita tv3 td..
maid dia xtaw google 2 apa..
hang pi google..taip google 2 apa..
sapa yang layan 7ramadhan..mesti tahu..



 
sumber google je ni..

Tuesday 24 July 2012

Beri peluang baru akan ada pengalaman..

Assalamualaikum

Sebenarnya 13 julai hari 2 genap dah la sebulan aku jadi penggangur terhormat..huhu
terhormat ker?? perasan
dan setiap kali aku solat..setiap kali itulah aku panjatkan doa 
agar dimurahkan rezeki untuk mendapat perkerjaan secepatnya..
bukan aku memilh..dan semamgnya aku lebih suka mula sesuatu dari bawah dulu 
sebelum berada diatas..biar cukup ilmu tidak lah nanti kita yang tersipu-sipu xtahu..

Dan aku tahu sekarang bukan masa untuk aku "demand" dalam soal perkerjaan..
memandangkan sekarang berapa ramai lepasan universiti yang xde perkerjaan..
bukan mereka memilih..tetapi juga mungkin soal kurangnya sektor perkerjaan dalam bidang masing-masing..ntah..

Ramai yang cakap..kos nursing yang aku ambil ..sekarang tengah banyak hospital yang memerlukan kakitangan..ya,itu memang aku akui..tetapi sekarang ni kebanyakkan hospital swasta pun ingin mengambil
staff sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman setahun berkerja..

ok 2 memang diorang berhak nak letakkan syarat-syarat macam tu..mesti la diorang nak seorang staff yang ada pengalaman..tetapi diorang kena juga fikir graduan-graduan baru macam kami ni..kalau diorang xberi peluang macam mana kami nak ada pengalaman...?

Dan syukur juga, dulu semasa aku tamat Spm..aku ada berkerja di klinik swasta..dan sekarang hanya dengan pengalaman 2 aku boleh tambah sedikit dalam resume..at least ada pengalaman!

Dalam entry INI ..aku dah fly kan 4 resume aku..nampaknya belum ada apa-apa respon..
xpe..aku sabar..mugkin lambatt sikit kot prosesnya..lepas raya?mana tahu..
nak senang bukan senangkan..kene la usaha lebih sikit..biar la kita keluarkan modal sikit..
hasilnya nanti berbaloi..
nampaknya aku kene gigihkan lagi untuk mengepos sebanyak yang mungkin resume2 aku ni..
Doakan aku untuk cepat dapat kerja ye..insyaallah..kalau dah dapat kerja nanti kire gaji gred U29 la.. hehe
ala..orang lain gred lg tinggi dar kau xkecoh pon...err...
hehe..xpela yang penting sebenarnya bila kita usaha itu yang kita dapat sebenarnya
lebih kita usaha..lebih la dapat
dan sebaliknya..
nak berjaya bukan senang tapi tak mustahil
dan sebenarnya aku bangga dengan diri aku
akhirnya lesen besaw ni milik aku jua
^_^


lencana or logo dari Lembaga Jururarawat Malaysia
sape-sapa yang nurse 2 tahu la logo ni..

Sijil perakuan
(bukan senang nk lulus exam ni...)


Insyaallah nanti Staff nurse Nooraisyah..eceh..eceh..xsalah berangan jap!...hehe




Monday 23 July 2012

Bulan mencari rezeki lebih

Assalamualaikum

Ramadhan yang ke 4
sekejap sangat masa meninggalkan kita
untuk ulang kembali?..mungkin tidak boleh sama sekali
bulan2 ramadhan ni ramai yang ambil kesempatan untuk mencari 
rezeki lebih..Alhamdullilah bulan penuh dengan keberkatan..
ada yang berniaga dibazar menjual juadah-juadah berbuka..
ada yang mengambil tempahan baju raya..dan ada juga yang 
mengambil tempahan kuih untuk raya..
salah seorangnya adalah Cik Ayiesha dan mak..
apa yang penting kejujuran bila berniaga..
setakat ni..alhamdullilah..order semakin banyak
barang-barang untuk membuat kuih pun dah beli
yang mana kuih tahan lama dah start buat sikit-sikit
macam kerepek pisang pedas dan masin..
sebab nanti peniaga kuih dah start nak ambil 
dalam 10 ramadhan..
kami memang saje lambat untuk mula buat..
biarlah kuih 2 nanti dapat dimakan dihari raya 
dalam keadaan baik..dan kualiti rasanya terjamin
sekarang ni sebelum puasa lagi orang dah start jual kuih raya 
dipasaraya..no komen..mungkin kuih 2 boleh tahan dalam sesuatu tempoh yg lama..

Dan macam kuih bahalu pulak mak akan start bakar dalam pertengahan puasa..
bukan apa..kuih bahulu ni bila terlampau lama..rasanya akan kureng sedikit..
itu sebab lambat sikit mula..bila tempahan banyak mula la pukul 4 pagi dah start bakar..Alhamdullilah..
setakatkan ni Rezeki Bahulu lebih sikit..orang minat beli bila kuih 2 baru keluar dari oven..hehe..
pelanggan-pelangan kami hanya la orang-orang kampung disini..
belum lagi terpikir untuk menjual secara online ni..sebab risikonya agak tinggi..xmahu la nanti
kuihnya indah khabar dari rupa..almaklum sahaja pos-pos barang ni...takut-takut kuihnya hancus...
seronok sebenarnya kalau kuih yang kita buat tu pelanggan puas hati..disamping kita juga turut berpuas hati dengan usaha kita.




Antara label keluaran my family..kalau jumpa nama ni kat mane2 kedai ..ha..Bisnes family kami la ni..hehe

Kuih Bahulu ikan..

Abah sedang membakar kuih bahulu

yang dah siap dipacking







SEGMEN SIMPLE AYUEJEAN : JUADAH WAJIB RAMADHAN


Diawal-awal pagi...erk(pagi ke..matahari terbit dah pun..)
Cik Ayuejean dah buat segmen..
 Jom  JOIN
senang je tepek je juadah wajib bagi korang

Cik Ayiesha Pilih



BUAH KURMA

perlu ke ko nak bagi taw ko g tarawih?

Assalamualaikum

First,maaf sangat-sangat kalau ada yang bakal terasa dengan apa yang aku nak cakapkan ni..
jom la kita saling ingat-mengingati sesama sendiri..entah la kalau aku bukak facebook..terutama sebelum waktu tarawih dan selepas waktu tarawih

contoh diwall facebook sebelum tarawih

A: Nak pergi solat tarawih dah ni...bye2..

contoh diwall facebook selepas tarawih

A:dah balik solat tarawih:-)

Sebenarnya aku xtaw ape motif diorang ni post status-status yang macam ni..nak bagitaw pada umum yang ko pergi tarawih?nak cakap yang ko ni baik?nak tunjuk ko ni alim dimata masyarakat facebook..?
Alhamdullilah kalau niat ko baik..tapi jangat sampai terpesong niat 2 sudah, semata-mata ingin orang tahu..
kalau boleh diam sesuatu amalan baik ko 2..orang akan tahu kalau ko baik..

Tak pon wat blog ni hah..ko cerita apa pun ko nak cerita..tulis la jela ape pun..ko terkentut ke masa tarawih..kalau orang nak baca dia baca..tapi kalau di facebook semua friends  ko akan baca..jangan sampai ada yang meluat sudah

-sama-sama lah kita perbaiki diri tang mana-mana yang kurang-

Sunday 22 July 2012

Tarawihku

Assalamualaikum

Alhamdullilah..ramadhan kedua aku baru berkesempatan untuk solat tarawih..
ingat aku nak start dari awal lagi..tetapi memandangkan aku kene jaga anak buah aku..
dimana abg dan akak ipar aku serta mak ayah aku pergi masjid..dok la rumah untuk jaga anak-anak diorang..
kasi la can kt diorang pergi..sementara ada balik untuk menyambut puasa kat kampung..

Aku mengaku yang aku bukan la setiap tahun menunaikan solat tarawih ini..tahun-tahun yang lepas aku berpuasa kat kolej..duduk rumah sewa..so..memang xpergi la kene surau..setakat bulan puasa menunaikan yg wajib je..

untuk tahun ni aku berazam untuk memperbaiki amalan-amalan aku supaya lebih baik dari tahun-tahun yang lepas..aku bukan makhluk yang sempurna..ada juga kekurangannya..
Insya-Allah akan diberkati Oleh-Nya..Amin..

-berubah kearah kebaikan itu adalah lebih baik-

Saturday 21 July 2012

Akibat dah lama x bersahur..ni la jadinye..

Assalamulaikum

mak : kak bangun...

5 Minit kemudian

mak : kak.....bangun...sahur...

5 Minit Lagi

mak : Akak!..bangun

Tulah...cakap baik-baik xnak bangun..hamek kau..volume paling tinggi lepas 2 baru bangun..
weh..dah lama kot xbangun sahur macam ni..selama 3 tahun aku study masa kat kolej dulu..boleh dikire berapa kali je bangun sahur..rasanya sekali dua je kot..2 pun mula-mula puasa..excited je lebih aku ngan kawan-kawan..masuk hari kedua ketiga...nah,melalor (bahasa banjar...sory la sape yg x tahu 2)..
aku mengaku aku memang jarang bangun sahur ni...kalau sahur pun tengah-tengah malam..ni dok ngan family kene la bangun sahur..nak masak ape ntah lagi..ngeh..ngeh..semua 2 mak aku sediakan..bangun tinggal makan je..sepanjang sahur bagi aku makan ikan kering,pekasam or telor masin dah ok... hari2 pun xpe...pembuka selera 2..sahur dah macam makan tengah hari ko..bertamabah-tambah..haha..
xpayah la nak ayam ke daging ke ikan ke..xjalannya..haha..tol x?

Kali pertama berpuasa tanpa sapa2 sepanjang 8 tahun..selalunya dulu selalu kejutkan dia bangun sahur..n wish "selamat berbuka"..kali ni...single..yeh..senang hidup..xpayah susah-susah

adakah aku akan berjumpa lagi ramadhan untuk tahun depan??..sebagai siapa??..bujang or tunangan orang or isteri orang or ibu orang...hahahaha....xleh bla.statement...no answer  for that..Waallahualam..

Friday 20 July 2012

Darah Istihadah-bukan alasan untuk tinggalkan puasa

Assalamualaikum

Kekadang perempuan ni sukar untuk membezakan
ape itu darah haid dan apa itu darah istihadah
setelah aku kaji benda ini..baru lah aku faham..
bila aku kaji itu bermakna juga terjadi pada aku..

Istihadah (الاستحاضة) ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita.
 Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.

ianya keluar tanpa henti walaupun bukan waktu 'period'..tetapi ianya sah untuk menunaikan solat dan juga berpuasa

so lepas ni xkan ada lagi alasan nape xpuasa.."cuti" je memanjang
baca kat SINI untuk lebih lanjut dan faham

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DARI CIK AYIESHA SEKELUARGA

SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST RAMADHAN 2012 /1433H



BEN ASHAARI
Assalamualaikum

Segmen Baru dr En Ben Ashaari

kenapa ada patut pilih Blog Cik Ayiesha:

"ok..jawapan simple dari aku..korang kenal aku..tak kan?..aku kenal korang?..xjugak kan
walaupun hanya dalam maya..walaupun kita x bertentang 4 mata..(tp yg pakai spek mata tu 6 mata la..ngeh..ngeh)..kita boleh jadi sahabat dan kawan..aku punya cerita...begitu jugak korang..
takdir dan jalan cerita kehidupan kita mempunyai kelainan..
setiap orang Allah dah tulis skripnya
dan diblog ni..."itulah cerita aku"..
yang dah ditentukan OlehNya.."

>Jom Join<

Wednesday 18 July 2012

Kalau dah namanya mimpi..

Assalamualaikum

Hanya mainan mimpi agaknya
nak kata aku fikirkan dia tidak pula
tapi kenapa dia still masuk dalam mimpi aku lagi..
dah ayiesha..dah lepas biar kan ia lepas
yup..aku dah pun melepaskan semuanya..
tapi kehadiran mimpi sewaktu aku tidur 
itu tak mungkin untuk aku menyekatnya
ianya hadir tanpa aku minta apatah lagi paksa

Oh Tuhan kurnia aku seorang Imam buatku


Terima kasih En.Salbani Bin Ashaari

Assalamualaikum

ok..sebelum tu terima kasih jugak kat pengikut2 aku yang lain 
bukan aku x pandang kehadiran korang dalam blog aku selama ni..
sesungguhnya setiap pengikut2 aku tu aku ambil kisah setiap seorang
dan aku tahu akan kewujudan korang..
dan untuk kali ni bukan aku nak bermegah-megah
tetapi sedikit rasa bangga bila blog aku didatangi oleh 
En Salbani Ashaari
siapa beliau?xperlu kot aku kenal kan lagi
seorang blogger yg terkenal didalam penulisan blognya iaitu

Insyaallah..andai niat baik ada jalannya..semoga aku menjadi blogger yg terkenal dengan penulisan blog yg baik..




Tuesday 17 July 2012

Cikgu ke??err...

Assalamualaikum

Cikgu ke??.err..
dari xde apa nak buatkan
asyik blogwalking je..kang mak aku bising..
td bil elektrik dah sampai..ohoho...2 kali ganda dr bulan yg lepas2
nampak x yang aku selalu hadap lappy je..
so buat kerja part time mengajar adik aku yang nakal sorang ni..
memandangkan tahun ni dia PMR..so,mak aku suruh ngajar dia
kak..ajar adik 2...(mak akunye dialog)...hehe
budak lelaki kan..susah sikit..main je banyak..
dulu aku xde kat rumah, dia selalu pergi rumah kawan dia malam2..
study katanya..ntah betol ntah x aku pun xtahu..
aku pun pernah jugak study rumah kawan..
hurm study sekejap je..makan2 je lebih..yela..
asal orang datang hidang macam2..mane nak tumpu pada belaja..hehe..tol kan?

so sekarang aku dah ada kat rumah..dah x payah nak pergi rumah kawan ke ape..
duk rumah..belajar ngan aku..wat latihan..
buku-buku latihan semua aku yg beli taw baik x aku..??.hehe..(beli pakai baucer buku ari 2 je)
jangan xtahu aku ni garang dalam bab2 ngajar ni..pernah aku ajar sampai ngis2 dia woo..
hehe...2 sebab mak aku cakap aku xleh jadi cikgu..walau asalnya cita-cita aku adalah guru..ngeh..ngeh..

budak-budak sekarang untung semua pakai suap je..semua cukup keperluan..cuma nak dengan xnak je belajar..zaman aku dulu belajar dah moden la jugak sikit..cuba bayangkan zaman-zaman mak pak kita dulu cam mana??..dengan usaha ada yang berjaya..
lagi-lagi esok adik aku terpilih untuk dapat netbook free dari bantuan rakyat 1Malaysia tu..
ok bil elektrik untuk bulan depan naik 3 kali ganda..ngeh..ngeh..ngeh...
mak aku geleng kepala la jawabnya..





Monday 16 July 2012

nak adik lagi boleh??

Assalamualaikum

korang ade bape adik beradik?
mesti ramai kan..
aku xramai pun 4 orang je..
huarrrr..mak,nape x bsalin ramai-ramai lagi?
ape..ko ingat senang nk beranak ramai-ramai ni..
(2 bukan mak aku cakap..aku reka je)
berani lak aku nak tanya...ngeh..ngeh..

aku ade 2 abang dan sorang adik adik lelaki
yup..aku sorang je perempuan..
best?...xbest pun...(semua kene beli sendiri..kalau ade kakak..boleh aku belasah dia punya)
abang2 aku semua dah kawen dan ada family sendiri
jarak aku ngan abg2 agak jauh..
aku dengan abg yang kedua jarak hampir 7 tahun..
then jarak aku dengan adik aku 6 tahun
aku pun xpasti sama ada mak ayah aku planning or memang rezeki memang mcm 2..
gilo ke ko nak tanya..wat andaian sendiri suda..hehe

aku memang x sempat nak kawan ngan abg-abg aku..time aku kecik diorang dah besa-besa...
 nak pulak diorang kawan ngan aku time 2....
lagi-lagi dengan adik perempuan..
mak aku lahirkan adik aku pulak masa aku sekolah tadika
huhu...aku memang anti ko ngan adik aku masa 2..
aku xsuka..sebab aku rasa mencabar "kedudukan" aku time 2 la..
haha..

21 tahun kemudian
sekarang baru aku terasa kan best kalau adik beradik ramai..mesti meriah..
asyik-asyik hadap muka adik aku (jangan marah ea dik..hehe)
hari-hari ade je aku akan menyakat adik aku ni..wat dia marah la...sebab aku dah bosan so aku cari la point kacau dia..cuit-ciut la dia,cubit dia tanpa sebab..haha..
yang paling best..nyorokkan handset dia..
then aku wat xtahu...satu rumah die pusing mcari..selalu aku amek  handset dia time dia g sekolah..so,handset dia tinggal..ape lagi ni la peluangnya..
bila dia balik..confirm2 la bende alah 2 yang dia cari dulu..bila dah cari xjumpe2
dia misscall handset dia..tapi aku bijak..dah silentkan pon..hahaha...
dah puas dia mencari..dia dah start aim aku..huhu..
bila dia tnya mak ayah aku..makayah aku cakap xtahu
so aku la ditujunya...mula2 aku berlakon juga cakap ntah..ntah..
hurm..dia sabar lagi..then sampai la malam 
yang aku bila dah online memang terlupa nak pulangkan handset dia..
tetiba aku dengar adik aku ni nangis..aku ingat pasal ape..rupa-rupanya sebab xjumpa handset
hahaha..xmacho la ko ni dik..aku pun kesian then bagi kat dia balik..angin je pandang aku 
haha..
aku bukan jahat..tapi 2 la bila bosan memguasai aku..adik aku jadi mangsa..
tapi bila aku nak suruh sesuatu..time 2 aku berbaik la ngan dia..hehe..dik2 tolong ni..tolong 2..
adik aku ni memang baik..wat je..tanpa banyak soal..best kan ade adik macam ni..tengok jugak mood dia..selalu aku suruh dia gi kedai je..xpun angkatkan kain..xpun urutkan kaki..ngeh..ngeh.
ngan sapa lagi kan aku nak bergaduh macam ni..xkan ngan mak ayah aku lak..xmugkin ko...
dia jela kawan aku,musuh aku,geng gaduh aku..tapi dia jugalah adik kesayangan aku..
(kalau dia baca ni sah-sah senyum kambing)
nasib la dik..ko sorang je adik aku..ko la jadi mangsa aku...ko berani x mintak adik kat mak lagi??...aku cabar...kurang sikit dah aku buli ko..aku x berani nak mintak lagi...xpasal-pasal kang..haha...



Adik kesayangan aku dunia akhirat..ini jela hah satu-satunya..hahah







Sunday 15 July 2012

Sebab kau la Jam..aku kene marah.

Assalamualaikum

haha..hari ini ada cerita best..
tapi bagi aku yang kene tak best la..
jom start bercerita..
malam semalam aku tido memang lambat
kalau tak silap 4.30 am cam tu la..
broadband tengah laju
apa lagi aku layan la movie online 
macam-macam cerita woo.. ada baru ada lama
almaklum la dah jarang pi cinema so layan kat situ jela
sudahnya lambat la aku tido..
dalam sedap-sedap tengah tido 
aku tengok jam..owh still pukul 7.30 am..
awal lagi (pulak time ni aku x diwajibkan solat..alfaham-faham jela ye)
second time tersedar tengok jam dekat dinding pukul 7.30am jugak..
kalau ko dah syok-syok tido + memang xcukup tidur
sempat x ko nak pikir asal jam 2 x gerak-gerak
xdek maknenya la weh..yang penting...sambung tidur lagi..wohooo..
entah mimpi ape yang syok aku tengah layan..
aku dengar pintu bilik macam nk roboh + laungan suara mak aku
ha..x tersentak ko bangun..macam lipas kudung dah aku
ape lagi ..aku dengar la ceramah free dari mak aku
kebetulan plak mak aku keluar awal pagi tadi 
sebab ada sukan kat sekolah

nak tahu aku bangun pukul bapa??
haha..memang xpatut..jangan la tiru perangai aku ni
anak dara xelok bangun lambat
tapi kul 12.30 pm ha aku belasah
tapi dengan alasan aku sendiri 
(tidur lewat)
aku terlupa satu perkara
dulu yelah zaman study duduk jauh dari mak ayah
tidur lambat ke cepat ke suka hati la
sekarang ni dok ngan mak ayah 
tidur lambat siap la..
xpasal2 kene soal siasat
silap-silap broadband aku kene tarik..hukhuk..

Reaksi aku bila kene marah??
senyap jela weh..xkan nk melawan..salah aku kot..berani ko nak menjawab..
cepat-cepat masak + kemas rumah 

ni memang salah jam 2 ea..bukan salah aku...(xnak mengalah...haha)


Friday 13 July 2012

ilmu baru sejengkal..dah nak sombong

Assalamualaikum

Sebenarnya tak tahu nak mula dengan macam mana dan bagaimana
walaupun benda ni bukan terjadi dekat aku
tetapi aku pun terasa geramnya jugak
sebab aku rasa melibatkan sikap masyarakat kita yang dah hilang adap sopan
serta sifat ketimurannya terhadap orang lain..

Aku tahu korang semua masih pening dan tak faham kan..macam ni..kawan aku baru je start kerja kat salah sebuah kedai barangan wanita..baru hendak memulakan hidup dan mencari duit poket sendiri..Dia sendiri memang tak de masalah dengan majikannya..yang menjadi masalahnya sekarang adalah partner dia berkerja..ya, tahu mereka orang lama dan serba serbi tahu ..tak bolehkan dengan pengalaman dan kemahiran yang diorang ada ni memberi tunjuk ajar kepada mereka yang tak tahu ni..susah ke..bukan nya kawan aku ni budak kecik yang perlu ditunjuk dari A ke Z..just  mengajar yang mana perlu dan xperlu la marah kalau dia membuat kesilapan melainkan kalau itu benar-benar salah dan dari kecuaian dia..boleh diterima..

Bolehkah aku sifatkan orang-orang yang macam ni sombong tak bertempat...baru mempunyai ilmu sejengkal dah berlagak sombong..tak rugi sedikit pun kalau kita berkongsi ilmu yang kita ada...kalau sifat inilah yang kita pegang dan tunjukkan memang tak kan kemana la hidup kita..orang pun xkan memandang tinggi pada anda..ingat kita bukan sentiasa diatas..dunia ni berputar begitu juga kita..jangan pernah lupa bila kita dibawah nanti..apa yang anda beri,anda akan dapat semula..bukan mendoakan..tapi memberi pengajaran

Berbuat la baik dengan orang..sebab semuanya tak rugi sayangku..ayat yang Cik Ayiesha pegang sampai bila-bila..biarlah orang nak buat jahat sekalipun dengan kita,jangan sesekali balas..malah senyum la kat orang tu..

semoga kawan Cik Ayiesha sabar dan tabah menghadapi perangai orang-orang yang semakin pelik sekarang ni..

Wednesday 11 July 2012

Surprise!..mak..


Assalamualaikum

Hari tu entry lepas Cik Ayiesha just wish 
Happy Birtday to my mom
kali ni...aku planning buat surprise party to my mom..
haha..aku pun xtaw sama ada mak aku tahu or x..

7/7
sebenarnya ni la tarikh birthday my mom
disebabkan hari itu mak aku pi KL
sebab sambut hari peneroka
so,aku n cousin cadang nk sambut malam tu
lepas mak ayah aku balik..
tunggu punya tunggu x sampai2 lagi..
so kitorang pun tidur la
xsedar sampai ke pagi
then esok nya tanya my mom..
dia sampai dalam jam 5 pagi..
dah nk subuh pun..

so aku just keep kek 2 dalam peti ais..
aku x taw la my mom ada buka x ice box 2 pagi 2
waalahualam..
aku rasa macam ada..
kalau ada
xkan x perasan kot...ngeh..ngeh..ngeh..

disebabkan my mom bru blik...so kitorang sarapan kt luar je..
dasar pemalas tol aku ni..hehehe...
masih xsempat nak celebrate lagi..balik je terus siap-siap
nak pergi kenduri..planning ditangguhkan lagi..

8/7 @ 3.30pm
lepas balik kenduri 2 la..dalam my mom sibuk layan cousin and kawan-kawan
aku keluar bersama kek..haha...my mom sangat-sangat la terkejut
she said xpernah lagi sepanjang 51 tahun sambut btday yg mcm ni..
kalah orang umur 15 tahun sambut btday party u..
hehehe
orang harap mak suka..dan ingat sampai bila-bila
sorry mak kek murah je..
nanti orang dah keje orang beli kek mahal ea..
secret recipe eah..
next year okey..









kek!!....nyam..nyam

selamat hari lahir...semoga panjang umur...sayang mak sangat-sangat

Saturday 7 July 2012

Happy Birthday to my beloved mom

Assalamualaikum

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mak yang ke 51 tahun
semoga mak dipanjangkan umur,diberkati olehNya serta
dimurahkan rezeki selalu..
sesungguhnya jasa mu x tidak dapat ku balas dengan wang ringgit
terima kasih mak, sebab menjaga orang selama ini
mak adalah yang terbaik..
tak akan ada tukar gantinya
kasih sayang orang dekat mak 
tak pernah berkurang malah makin bertambah..

Pn Saudah Binti Hj Chik

cantik x mak Cik Ayiesha...adakah saya mewaris my mom....hehehehe.... 

  

Friday 6 July 2012

Himpunan Doa-Doa

Assalamualaikum

Walau macam mana pun nak update jugak
sebenarnya tak tahu nak type ape untuk entry kali
tapi jom la kita berkongsi doa yang selalu Cik Ayiesha amalkan selepas solat

DOA MEMOHON REZEKI YANG MELIMPAH
" Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku, bimbinglah aku, sejahterakan lah aku dan berikan aku rezeki" (HR.Muslim daripada Tariq Bin Asyim)


DOA AGAR KEADAAN KEHIDUPAN SENTIASA BAIK
" Ya Allah perbaikilah agama kami yang merupakan penjaga urusan kami. Perbaiki dunia kami yang merupakan tempat hidup kami. Perbaiki akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami . Dan jadikan kematian sebagai istiharat bagi kami dari setiap kejahatan"
(H.R Muslim)


DOA SUPAYA PERKARA DIMUDAHKAN
"Nabi Musa berdoa dengan berkata: wahai Tuhan ku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan permudahkannbagiku tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari liadahku, supaya mereka faham perkataanku"
(Surah Taha :25-28)

DOA PEMBUKA HATI
"Ya Allah , berilah aku pemahaman dan peliharalah aku dari kejahatan diri semdiri"



DOA SUPAYA MENDAPAT KETURUNAN YANG BAIK
" Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhan, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dariMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima)doa permohonan"
(Surah Al-Imran:38)


DOA AGAR MENDAPAT PASANGAN DAN KETURUNAN YANG BAIK SERTA KEDUDUKAN
"Dan juga mereka (yang diredai Allahitu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami.berikan kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa"
(Surah Al-Furqan:74)

DOA MEMOHON REZEKI YANG BAIK
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang berguna, amal yang diterima dan rezeki yang halal lagi baik
(HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Ibn Sani)

Ok itu aje..nanti Cik Ayiesha kongsi kan lagi ye..benda yang baik xsalah untuk berkongsi..
Doa-doa ni Cik Ayiesha rujuk dekat " Keajaiban DOA Pembuka Rezeki"-Untuk Wanita
tetapi lelaki pun x pe..


suka buku-buku doa macam ni..kecik dan mudah nak bawak kemana-mana
letak je dalam handbeg..



















Wednesday 4 July 2012

Semakin aku melupakan Semakin ia mengingatkan

Assalamualaikum

Sebelum aku meneruskan
aku nak ucapkan salam nisfu syaaban
maka bermula buku baru catatan amalan kita,dan buku lama kita telah diangkat kelangit
Maafkan salah silap aku selama ni
Ampun kan segala dosaku selama ini Ya Allah

Bukan aku untuk menidakkan tetapi kenapa perlu ada 
setiap kali aku cuba untuk melupakan setiap kali itulah ia mengingatkan
bila aku tengok tv..kenapa nama hero cerita 2 nama dia..hilang terus mood nak tengok
xde ke nama lain nk bagi..dulu masa aku dengan dia xde pulak..ini time aku nak lupakan time 2 la 
dia wujud..bila bukak blog dan blogwalking still jumpa nama yang sama kadang nama BF or suami pemilik si blogger..hurm..kebetulan..ramainya la nama yang sama dengan dia ni..kenapa bukan nama lain..faris ke..farouk ke..faizal ke..fazley ke..bukan apa aku rasa something yang tak dapat aku nak cerita perasaan tu..bercampuk aduk jadi satu..kalau boleh aku cuba elakkan..
dan setiap kali aku elak 2 la terjadi..

sama jugak tarikh lahir dia..ntah macam mana tekan sana tekan sini..tengok album fb orang..tarikh 2 yang aku nampak..tarikh lain x pernah pulak nampak..bila tarikh yang x nak aku ingat..itu juga timbul depan mata..kebetulan lagi..??

Aku sedaya upaya untuk melupakan kau..kalau la ada button delete dah lama aku tekan...tolong la Ya Allah..bantulah hambamu ini
aku tahu ini la cubaan Mu..kalau dengan cara ini Kau menguji iman ku..aku terima Ya Allah..
sesungguhnya kekuatan aku kerana Mu..