Gambar dah basi pun...
Cerita pun dah lama ...
tapi baru rajin nk menulis..
tengah ada mood kan..
jangan la korang nk kecam aku sangat...
sekadar berkongsi nk cerita lebih-lebih xreti aku...
Day 1 dan 2 - 28-29 March 2015
Aku dan kawan2 bangirunner bergerak ke kota kinabalu sabah..disebabkan aku terlambat jadinya hanya aku dan nurul saja naik air asia yang lain naik mas...jumpa kt sana jela...
aku dan nurul |
yang lain naik MAS |
Bila dah sampai sana dalam pukul 12 pm lebih..terus ke rumah sewa dan bersiap utk jalan2 ke sekitar kk sebelum ko mental untuk mendaki gunung kk lusa...2 hari tu mmg kami habiskan masa dengan berjalan, makan , shopping dan melawat tempat2 menarik kt sabah...sebab apa buat ni semua dulu...sebab lepas ko turun gunung tu nanti mmg xdenya dah ko nk bershopping bagai...sebab aku pikir untuk rehat dan tido je...so selesaikan dulu beli mutiara ke ikan masin bagai tu...
group kami semua...muka boleh senyum lagi ni....ko tunggu la esok |
dah...aku tahu korang xberminat sangat pasal ni...hahaha....ok..mlm tu kami semua menyediakan kelengkapan untuk dibawak esok
Beg day pack : keperluan ko semasa hiking seperti air,coklat atau makanan ko sepanjang hiking,baju hujan, ubat-ubatan atau apa yang ko rasa perlu...jangan bnyk2...sampai membebankan ko sendiri
Beg porter /malim gunung : barang2 keperluan ko kt atas nnt...sepersalian baju,baju sejuk,glove waterproof ,cover head ,stokin extra,head lamp dll...
Day 3 - 30/3/2015
Hari yang dinanti...kitorang pun dah bersiap sedia untuk memulakan pendakian...masing2 bangun awal lepas usai subuh kami pun sarapan ke kedai berdekatan diingatkan jangan la makan yang terlalu berat dan kalau boleh yg jgn yg bersusu tetapi penting untuk korang ambil sarapan untuk tenaga masa mendaki.. dan seterusnya kami kinabalu park dalam 15 min dr tempat penginapan..sebelum tu sempat la bergambar..
kekadang semua yang kita rancang xsemuanya tepat...kami sampai dalam 8 am...aku ni hanya mengikut kawan2 lain..dan segala yang lain diuruskan kawan aku dari segi penginapan dilaban rata dan pass untuk mendaki..
Tetapi kami mempunyai masalah sedikit sebelum naik kerana pihak pengurusan mengatakan bilik penginapan kami ada masalah..
Disebabkan aku bukan jenis prihatin...biarlah yg inchrge selesaikan masalah dari ko sibuk2 dan mengeruhkan lagi keadaan...semuanya ada hikmahnya.sabar dan tawakal jela sebab kalau xsettle sebelm jam 11 am kami x dibenarkan naik..setelah semua nya selesai jam 10.30am baru kami boleh mendaki...Alhamdullilah..
agak2 mental x..? teruskan la membaca..
sebelum hiking...di kaki gunung |
kami memilih laluan timpohon..kami semua berlainan stamina ada yang laju...aku antara yang belakang..kalau korang upah porter jgn risau diorang akan tunggu dan aku ditemani 3 lagi kawan aku yg memberi support disaat kami hilang kekuatan dan saling push terutama aku yang dah mental...tq korang!...track yang cukup cantik semasa pendakian.. Alhamdullilah aku dan 3 yang lain sampai dilaban rata pd pukul 7.30 pm hari dah gelap perjalanan kami slow dan bnyk berhenti...sana pukul awal 6pm dah gelap...kawan2 lain awal sikit sampai sebelum gelap..kami ke bilik penginapan yg telah dibooking ( sekarang penginapan tu dah xde aku xingat nama apa...musnah akibat gempa bumi hari tu)...sedih!
setelah makan malam semua kami kena tidur awal kerana jam 2 am esok kami kene bangun untuk meneruskan mendaki ke puncak.
kami berempat...bila penat berhenti utk bergambar |
kami di laban rata |
Jam 2.00am kami bangun dah bersiap sedia..memulakan pendakian sekitar jam 3am setelah guide memberikan penerangan..untuk kepuncak track agak mencanak tanpa ada diskaun... aku diuji dengan pening dan mual tapi xmuntah...aku gagah kan diri untuk meneruskan pendakian..
Gambar aku xde ke kt puncak??
jawapan nya x...aku hanya sampai di pondok gate ( xingat namanya) di batu2 tu ja...untuk ke summit hanya dalam sekilo or dua...rugikan? ya....tp memikirkan aku dah muntah dalam 4-5 kali tambah kesejukan aku dah xde upaya...guide yang jaga aku masa tu Ridwan...ko kenal sape dia ...dia la hero yang selamat kan budak singapore masa gempa hari tu...masa kejadian tu berlaku aku sedih macam apa dan respect kt ridwan dia sangat2 menjaga kebajikan...dia la yg selalu pesan kt aku kalau xmampu jangan paksa ingat keluarga kt kampung...kalau jadi apa2...tp dia xpaksa cuma nasihatkan..aku kagum....
Sebenarnya group aku ni pergi dengan perancangan dengan setahun....tapi aku sebulan ke dua bulan sebab mengantikan kawan aku yang xdpat pergi atas sebab tertentu..mula-mula aku tolak sebab xde persedian tapi kawan-kawan penguat semangat suruh pergi....dengan training yang sedikit ..persedian mental n fizikal yang xberapa banyak...aku nasihatkan kt korang yg nak pergi....traning la dulu kt gunung mana2....
Aku agak ralat juga sebab x naik sampai habis...terima kasih kepada abg dzal bg peluang kat aku untuk naik kk dan sponser fee kt aku...semoga rezeki lebih murah...
Xlama kami pergi gempa berlaku disana...Allahu...
Sekarang ni xtahu la keadaan track mcm mana...mungkin lagi cantik dr dulu...
No comments:
Post a Comment