Powered By Blogger

Friday 5 October 2012

Tabahnya Hati Wanita Anda

Assalamualaikum

Nukilan buat sang sahabatku,

Tabahnya hati wanita anda,
kebahagian rumah tangga yang diingini 
untuk bahagia keahkirnya
diuji dengan pelbagai dugaan
bukan dipinta malah dalam  mimpi pun tak ingin
ianya datang tanpa diduga

Tabahnya hati wanita anda,
disaat suami bersama perempuan lain
anda masih mampu tersenyum 
disebalik wajah lembut itu
bagai tiada apa yang terjadi
tapi dalam hati tiada siapa yang
dapat mentafsirnya

Tabahnya hati wanita anda,
tika rahim sedang bercambah 
dan membesar dengan benih suami yang tika itu
sedang seronok bersama perempuan lain
anda kuat menghadapinya bersama baby
mencipta semangat

Tabahnya hati wanita anda,
ketika mahu ke tempat kerja,
anda mengalami kemalangan
anda diamkan dr suami
kerana takut mengangu tidurnya
demi menjaga hatinya.

Setabahnya hati wanita anda
mungkin terselit rasa sedih itu
setabahnya hati wanita anda 
yakin terbit rasa kecewa
Setabahnya hati wanita anda
pasti rasa terhiris bak sembilu


Setabahnya hati wanita anda pasti ada hikmah setiap apa yang terjadi...kuatnya anda dalam menghadapi setiap dugaan hidup..Ya Allah Kau lindungilah dia,walau kami baru kenal tapi aku sudah "respect " dia sebagai wanita yang sangat kuat..kalau aku di tempat dia sekalipun mungkin aku tidak sekuat dia..mungkin ada kebahagian dipenghujungnya..

Lelaki,
bertuahnya kau kerana dikurnia seorang isteri yang baik dan solehah
tegarnya hati kau melukakan sekeping hati wanita yg lembut itu,
setiap pengorbanannya demi anak dan keluarga,
celik dan buka la mata dan hatimu itu
semoga Allah memberi hidayah kepada kau yang bernama Suami
jangan la kau menyesal akan kesudahannya nanti
mungkin tika itu penyesalan mungkin dah xberguna..

 Aminkan doa ni: Ya Allah,kembalikan kebahagian buat mereka..lembutkan hati suaminya dalam menerima kekurangan dan kelebihan isterinya..jadikan lelaki ini seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab
serta dapat menilai setiap pengorbanan isterinya..semoga Allah permudahkan dan menunjukkan jalan kepadanya..amin..amin..ya rabbal alamin..

CA: YA ALLAH, temukan aku pada seorang lelaki yang baik,dapat menerima aku seadanya..menyayangi dan mencintai...serta dpt membimbing aku ke JannahMu..














1 comment:

  1. Tabah selalu disulami dengan sabar dan syukur... Mau jadi mcm tu jgk:') InsyaAllah...

    ReplyDelete