Powered By Blogger

Sunday 28 April 2013

kerinduan aku..

* bersambung dari entry yang sebelum ini

banyakkan yang ko kata nak share kan ayiesha..
ha,cerita la puas-puas...
aku bercerita semata kepuasan diri aku sendiri..

hampir 3 bulan jugak la aku x berkongsi cerita dengan korang..
Alhamdullilah, aku sebagai seorang perantau (dalam negara sendiri je pun)..
yang hidup berdikari dan hidup seorang menjalani kehidupan..gigih mencari sesuap nasi,
sampai bila nk harapkan kedua ibubapa..aku perlu gigih dan kuat untuk bangun untuk mencari kehidupan aku sendiri..walau kadang kala harus mengesot,merangkak,bertatih dan pasti aku aku berlari suatu ketika nnt.

Kehidupan aku sekarang hanya pada kerja..kerja dan kerja...
Bangun pagi..kerja abis kerja sambung kerja balik dan orang bercuti sabtu ahad aku masih berkerja..
Aku tamak?? xcukup dengan apa  yang ada?
Tak..aku bukan tamak, aku mencari dan selagi tulang 4 kerat yang Allah beri ni masih kuat..aku gigih mencari rezeki..aku mencari kesenangan diri aku dan keluarga aku..walaupun aku xmampu untuk memberi kemewahan pada keluarga aku..cukup aku  tidak menyusahkan kedua orang tua sudah memadai bagi kedua orang tua aku..tapi siapa yang xnak membalas jasa pegorbanan mereka yang dah didik ko dan besar kan ko..walaupun ko kan terbalas jasa diorang sekurang-kurangnya ko buat ape yang patut sebagai seorang anak..(ko fahamkan maksud aku)

Alhamdullilah dalam umur aku memasuki 22 tahun (xlama lagi yeh...16 hari lagi..bila?..kira sendiri..)..aku mencapai ape yang aku nak dalam hidup aku...perlahan-lahan aku membina hidup..Aku bersyukur atas setiap kurniaan yang Allah beri kat aku...kalau ko ingat azam aku tahun ni...(macam ko baca kan...biar aku bagi tahu...azam aku nak memiliki kereta sendiri)...dah pun aku miliki pada 03/03/2013 ari 2..comel kan tarikh 2...Alhamdullilah sekali lagi..walaupun kadang kala aku rasa masih terlalu awal bagi aku...rezeki dah datang aku terima dengan hati berbuka..dan aku senyum sampai pengsan...maknanya aku dah mencapai azam aku untuk tahun ini..boleh aku berazam untuk yang seterusnya..?heeee...

korang tahu x..walaupun ko xcakap yang ko nak..tapi bila terlintas kat hati ko..pasti Allah tahu..dan dia beri..
macam aku..sejak aku tinggal seorang kat rumah (lepas cousin aku kawen)..aku terpikir nak buat part time memandangkan hujung minggu aku selalu boring kalau balik kampung aku dalam sebulan sekali..dalam aku berniat..rezeki datang kebetulan kawan aku ade tanya sapa nak buat part time sabtu ahad kat tempat dia..
ape lagi aku angkat tangan laju2 la..dan sekarang aku ade dua tempat kerja..satu kat UPM dan satu lagi kat ILKAP (Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan)...kalau ko lawyer meh aku cek claim ko kat sana...huawaaa...

Selagi aku masih xde komitmen apa-apa buat sekarang ni,selagi 2 aku akan berkerja keras..aku buang jauh-jauh rasa penat,rasa letih, rasa malas yang kadang menguasai diri!..(menyampah)...Aku kuatkan semangat hidup aku...aku belajar berdikari..aku belajar sabar dalam ape yang aku buat, aku selesaikan segala masalah aku dengan matang..dan sebenarnya aku kuat bersama-sama orang disekeliling aku..Aku sangat-sangat berterima kasih kerana aku sentiasa dikurniakan orang-orang yang sentiasa baik dengan aku...diopis kawan-kawan yang saling membantu berkongsi segala masalah..dan dirumah (roomate baru) aku yang sentiasa memahami..Allah,Bersyukurnya aku...berbuat la baik kepada semua orang walaupun pun xkenal (aku selalu pegang kata-kata ni)..sebab dunia ni xbesar mana pun...dan ingat ape yang kita buat itu yang kita dapat..kalau baik,baik la..kalau sebaliknya..

Dan...aku nak bagtaw korang...yang aku dah loss 7kg...wihuuuuu....aku kene bertarung lagi 10 kg..untuk dapat badan selim melim yang aku nak 2...hahah...kemain...ape motif?....huawahaha..

Ok lah..panjang ke..xlahkan...


entry bersambung.... (semoga aku gigih berblog.....)


 







2 comments:

  1. turun 7kg?? wowwwww!!! semoga dipermudahkan segala urusan ya :)

    ReplyDelete
  2. ye sue..lama taw nk turunkan 7kg 2..hmpir sebulan...saba jela...hihi

    ReplyDelete