Powered By Blogger

Tuesday, 13 November 2012

Selamat Datang Muharam

Assalamualaikum

Zulhijjah dah pun sampai ke penghujungnya.
Muharam sudah sedia menunggu untuk hadir.

Dikesempatan ini jom la kita bersama-sama 
menbaca Doa Akhir Tahun
dan Doa awal Tahun
banyak manfaatnya.

Aku kongsinya bersama korang..

DOA AKHIR TAHUN 

 Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.


 

sesiapa yang membaca doa ini Syaitan berkata“Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”




DOA AWAL TAHUN  

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.



sesiapa yang membaca doa ini: syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”


1 comment: