Assalamualaikum
kesetian & kasih sayang mereka tak kan terpisah syurga cinta hingga ke akhirya... |
9 jun 1979
Abah dan Mak bernikah
walaupun perbezaan umur 10 tahun
mak terima abah sebagai suami
walau ada yang cakap mak pilih suami tua
tp mak xkisah
mak pernah cerita kat aku
cara abah nk ngorat mak dulu
mak cakap abah datang mesin rumput dekat umah arwah atok
then ternampak mak tengah masak
then start hari 2 abah selalu datang rumah mak
adalah cara nya untuk datang
jual ais batu la dan macam-macam
biasa la zaman dulu abah kerja kampung je
mak pun mula tertarik dekat abah
then mak abah pun keluar la dating dekat bandar
tengok panggung a.ka wayang la zaman sekarang...hahah..
sweet je..
mak xpandang harta tp mak pandang harta yg ada dalam diri abah
hati abah yang baik..dan aku sangat akui abah memang seorang baik
walaupun dah 33 tahun mereka kahwin memang jarang
aku nak nampak mak dengan abah bergaduh
lagi-lagi depan anak-anak
abah memang seorang yg lembut
tp dalam lembutnya ade tegas
2 memang aku puji terutama dalam agama
abah xpernah ajar kekerasan
dia membentuk kami sekeluarga penuh dengan kasih dan sayang
abah memang rajin
walaupun aku ni perempuan
tapi abah lagi rajin dari aku
mak untung sangat dapat abah
kadang-kadang mak sibuk
abah ringan tulang basuh baju,sidai baju,kemas rumah,menyapu
siap semuanye...abah xmerungut pun..dibuatnya dengan ikhlas..
mak memang baik
walaupun mak suka berleter kadang-kadang 2
tapi aku bersyukur dengan leteran mak 2 la aku berjaya
mak mendidik aku dengan tegas tetapi ade lembutnya
berbeza dengan abah tadi
abah untung dapat mak
aku puji mak aku
mak aku cantik orangnya
sikit-sikit aku mewarisinye..hehehe
mak jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik
sediakan makanan jarang nak tengok lauk atas meja 2 sikit..
hari2 akan ade 5 or 6 jenis lauk
berselera kami sekeluarga makan
kalau aku nak berceita pasal mak dan abah memang xkan pernah habis..
mereka jantung dan nyawa aku
aku bahgia sangat melihat kebahagian mak abah aku.
Ya Allah..kau berkati kehidupan kedua ibubapaku..
murahkan rezeki kami ..jadikan kami keluarga yg bahagia..
perliharalah kami sekeluarga dibawah jagaan-Mu..
jauhkan kami sekeluarga dari perkara yg tidak baik
panjangkan umur kedua ibubapaku..
ambillah nyawaku terlebih dahulu sebelum ibubapaku
kerana aku x sanggup akan kehilangan mereka..
Ya Allah..Kau kurniakan aku suami sebaik abah ku
kau temukan aku dengan suami yg boleh menyangi aku sebagai mane
abahku menyangi ibuku..
temukan jua aku pada lelaki yang boleh mendidik aku
seperti mana abah mendidik aku
kurniakan aku suami
yang dapat membimbing aku kejalanMu YaAllah
No comments:
Post a Comment