Monday, 17 December 2012

Undangan Paksa Rela Tapi IKHLAS Part II

Assalamualaikum,

sebelum engkorang baca entry aku ni..
baca dula yang Part I kang ada yang ternganga xfaham...

orait settle dah...

lets go...

Episod seterusnya...

Jawapannya AKU PERGI DENGAN IKHLAS...

berat mata memandang lagi berat bahu aku yang memikulnya...

hagaknya ni jela kot peribahasa yang paling sesuai dengan condition aku sekarang ni...
kalau ko nak menyampah...*silakan
aku pun menyampah..

Aku datang dengan majlis 2 dengan muka 10sen...muka 10sen pun lagi cantik kot dr muka aku..
masa aku datang pun jam dah pukul 4.30 pm kot..

Khemah dah dikemaskan dan angkat kot..cepat sangat bagi aku..paling-paling tunggu la sampai pukul 6pm ke..kurang rundingan dr pihak catering kot..kesian tetamu yang dtg..mungkin hari 2 masih lagi berkerja ...macam haku...
asal aku macam over..bukan wedding ko pun..suka hati dia la..ntah2 majlis dia 11pg - 4ptg je..
aku je xtahu ape..ko yang dtg lambat...*ampun xsengaja...

Alhamdulilah..
kedatangan aku disambut baik oleh "mak idah"..
layanan dia kat aku masih sama xde ade bezanya..

kami bersalaman..mendakap erat..
tika aku didalam dakapannya..
cuping telinga aku menangkap
"menantu xjadi mak..
"xpela..jadi anak angkat mak pun xpe"
walaupun hanya suara halus dan perlahan
tapi ianya kuat digegendang telinga aku
sayu buat seketika.
hanya senyuman yang mampu aku  lemparkan
ketika dan saat itu..

bila aku memandang seraut wajah itu
penuh dengan sifat keibuan
hilang rindu aku pada mak kat kampung
walau tak nampak dimana persamaan wajah mereka
bagi aku ada irasnya mereka.

aku ingat cerita lama antara aku dan dia akan tertutup
macam itu saja, tetapi tak
mak idah tetap mempersoalkan nya lagi
bagi aku semuanya dah berlalu..
mak idah seakan xboleh terima lagi
perpisahan antara kami.
bagi aku sekarang ini
pertalian saudara seislam
antara aku dan keluarga mak idah
yang perlu aku pertahankan.
kisah lama kami biarlah
masa yang tenggelamkan.

aku faham mak idah mengharapkan
hubungan kami berpanjangan hingga keakhirnya
sehebat mana kami pertahankan
sekuat mana kami ikat
seketat mana ikatannya juga
kalau perpisahan yang tertulis
buat kami yang Dia kehendaki
Kun fa ya kun....

dan yang paling aku xsangka
airmata yang mengalir di pipi mak idah
walaupun aku sendiri dah kering airmata
untuk menangisi ini semua
ternyata aku gagal untuk memberi kebahagian kami untuk mak idah

Antara aku dan dia pun macam xde apa yang berlaku
sekadar senyum dan sembang kosong
ya,ternyata aku terasa yang sangat ganjal.
tapi xpela sekurang-kurangnya kami xbermusuh
itu harapan aku

sekian..
ikut engkorang la nak cakap ni pantun ke puisi ke madah berhelah ke nk syair pun xpe...
xkisah..aku bagi je...

no picture this entry..sebab xde perasaan time ni..setahu aku,aku cantik masa hari itu.
motif: biar la aku yang tahu...yes!yang penting aku cantik dr dia opsss!siapakah?
bukan dr mulut aku tetapi mak idah.....senyum sampai besok! :-)












1 comment:

Pictures of Beautiful Islands