Saturday, 28 July 2012

kembali pulang kepangkuan

Assalamualaikum

Dah lama dia xpulang ke rumah ni
hampir 5 bulan
tanpa khabar berita
apatah lagi surat mahupun talifon..(emosi sekejap)
senyap sunyi rumah ni tanpa dia
walaupun yang dia hanya tahu makan dan tidur
kami tetap hargai dia dirumah ini
xpernah kami menghalau dia
apalagi membuangnya..
sangkaan kami dia hanya pergi buat sementara
tetapi masuk sebulan dia meninggalkan rumah ni
kami hanya mengingati dia telah "merajuk" dgn  kami atau  mungkin "meninggal"..

Di subuh hening pagi tadi
seakan-akan dia menberi salam (gaya bahasa dia)
lalu mak membuka pintu setelah yakin akan suara dia tanpa was-was..
betul sangkaan mak..dia pulang
tanpa berkata apa-apa
terus dia mencium kaki kedua ibubapaku silih berganti
seakan memohon maaf atas pemergiannya selama ni tanpa "memberitahu"
tak semena-mena mak mengalirkan airmatanya
sedih dan terharu atas kepulangannya
di bulan ramadhan ni..
mungkin dia menbawa rezeki-kata mak

Itulah kepulangan terindah 
walau dia hanya seekor KUCING...
kami xpernah meletakkan sebarang nama keatasnya
hanya sekadar memanggil "mieeow" je..(aku xreti nak eja..leh la 2)
setiap kali panggil dia..
walaupun aku bukan seorang pencinta kucing..
(ada sebab kenapa..nanti aku ceritakan dekat entry yang lain)
tapi aku masih mampu menghargainya..
walaupun dia hanya kucing..
dia la yang menjaga rumah kami bila ketiadaan kami
dia la yang selalu menangkap cik Ti (xleh panggil nama penuh nnt makin bnyk dia dtg) dirumah ni
dia la yang selau berkongsi makanan dengan kami terutama bila makanan bnyk lebih..dia yang habiskan..kami x membazir
dia la yang berjaga waktu malam tika kami enak di buai lena
(bila siang dia yang terbongkang tidur)
terlampau banyak jasa dia pada kami sekeluarga..
selamat kembali ye mieeow..
dah jangan nak lari menbawa diri
duk je kat sini..
makan minum ko terjamin..

* tu la kan orang cakap..bila kucing 2 dah dpat tahu bau rumah kita..sejauh mana pun kalau kita buang nanti dia pulang jugak..ntah..orang la cakap..

* tu baru kucing yang pulang..hati seorang ibu mcm mak aku dah tersentuh..
macam mana la pulak kalau anak-anak yang xpulang-pulang kerumah..apa yang ibu2 rasakan??




No comments:

Post a Comment

Pictures of Beautiful Islands