Assalamualaikum
Walau macam mana pun nak update jugak
sebenarnya tak tahu nak type ape untuk entry kali
tapi jom la kita berkongsi doa yang selalu Cik Ayiesha amalkan selepas solat
DOA MEMOHON REZEKI YANG MELIMPAH
" Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku, bimbinglah aku, sejahterakan lah aku dan berikan aku rezeki" (HR.Muslim daripada Tariq Bin Asyim)
DOA AGAR KEADAAN KEHIDUPAN SENTIASA BAIK
" Ya Allah perbaikilah agama kami yang merupakan penjaga urusan kami. Perbaiki dunia kami yang merupakan tempat hidup kami. Perbaiki akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami . Dan jadikan kematian sebagai istiharat bagi kami dari setiap kejahatan"
(H.R Muslim)
DOA SUPAYA PERKARA DIMUDAHKAN
"Nabi Musa berdoa dengan berkata: wahai Tuhan ku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan permudahkannbagiku tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari liadahku, supaya mereka faham perkataanku"
(Surah Taha :25-28)
DOA PEMBUKA HATI
"Ya Allah , berilah aku pemahaman dan peliharalah aku dari kejahatan diri semdiri"
DOA SUPAYA MENDAPAT KETURUNAN YANG BAIK
" Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhan, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dariMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima)doa permohonan"
(Surah Al-Imran:38)
DOA AGAR MENDAPAT PASANGAN DAN KETURUNAN YANG BAIK SERTA KEDUDUKAN
"Dan juga mereka (yang diredai Allahitu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami.berikan kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa"
(Surah Al-Furqan:74)
DOA MEMOHON REZEKI YANG BAIK
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang berguna, amal yang diterima dan rezeki yang halal lagi baik
(HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Ibn Sani)
Ok itu aje..nanti Cik Ayiesha kongsi kan lagi ye..benda yang baik xsalah untuk berkongsi..
Doa-doa ni Cik Ayiesha rujuk dekat " Keajaiban DOA Pembuka Rezeki"-Untuk Wanita
tetapi lelaki pun x pe..
suka buku-buku doa macam ni..kecik dan mudah nak bawak kemana-mana letak je dalam handbeg.. |
No comments:
Post a Comment