Friday, 13 July 2012

ilmu baru sejengkal..dah nak sombong

Assalamualaikum

Sebenarnya tak tahu nak mula dengan macam mana dan bagaimana
walaupun benda ni bukan terjadi dekat aku
tetapi aku pun terasa geramnya jugak
sebab aku rasa melibatkan sikap masyarakat kita yang dah hilang adap sopan
serta sifat ketimurannya terhadap orang lain..

Aku tahu korang semua masih pening dan tak faham kan..macam ni..kawan aku baru je start kerja kat salah sebuah kedai barangan wanita..baru hendak memulakan hidup dan mencari duit poket sendiri..Dia sendiri memang tak de masalah dengan majikannya..yang menjadi masalahnya sekarang adalah partner dia berkerja..ya, tahu mereka orang lama dan serba serbi tahu ..tak bolehkan dengan pengalaman dan kemahiran yang diorang ada ni memberi tunjuk ajar kepada mereka yang tak tahu ni..susah ke..bukan nya kawan aku ni budak kecik yang perlu ditunjuk dari A ke Z..just  mengajar yang mana perlu dan xperlu la marah kalau dia membuat kesilapan melainkan kalau itu benar-benar salah dan dari kecuaian dia..boleh diterima..

Bolehkah aku sifatkan orang-orang yang macam ni sombong tak bertempat...baru mempunyai ilmu sejengkal dah berlagak sombong..tak rugi sedikit pun kalau kita berkongsi ilmu yang kita ada...kalau sifat inilah yang kita pegang dan tunjukkan memang tak kan kemana la hidup kita..orang pun xkan memandang tinggi pada anda..ingat kita bukan sentiasa diatas..dunia ni berputar begitu juga kita..jangan pernah lupa bila kita dibawah nanti..apa yang anda beri,anda akan dapat semula..bukan mendoakan..tapi memberi pengajaran

Berbuat la baik dengan orang..sebab semuanya tak rugi sayangku..ayat yang Cik Ayiesha pegang sampai bila-bila..biarlah orang nak buat jahat sekalipun dengan kita,jangan sesekali balas..malah senyum la kat orang tu..

semoga kawan Cik Ayiesha sabar dan tabah menghadapi perangai orang-orang yang semakin pelik sekarang ni..

1 comment:

  1. Lain orang lain ragamnya kan .
    tengs DONATE . Datang klik semua iklan yg ada . if xdpat gtaw kay :D

    ReplyDelete

Pictures of Beautiful Islands