Powered By Blogger

Tuesday 24 July 2012

Beri peluang baru akan ada pengalaman..

Assalamualaikum

Sebenarnya 13 julai hari 2 genap dah la sebulan aku jadi penggangur terhormat..huhu
terhormat ker?? perasan
dan setiap kali aku solat..setiap kali itulah aku panjatkan doa 
agar dimurahkan rezeki untuk mendapat perkerjaan secepatnya..
bukan aku memilh..dan semamgnya aku lebih suka mula sesuatu dari bawah dulu 
sebelum berada diatas..biar cukup ilmu tidak lah nanti kita yang tersipu-sipu xtahu..

Dan aku tahu sekarang bukan masa untuk aku "demand" dalam soal perkerjaan..
memandangkan sekarang berapa ramai lepasan universiti yang xde perkerjaan..
bukan mereka memilih..tetapi juga mungkin soal kurangnya sektor perkerjaan dalam bidang masing-masing..ntah..

Ramai yang cakap..kos nursing yang aku ambil ..sekarang tengah banyak hospital yang memerlukan kakitangan..ya,itu memang aku akui..tetapi sekarang ni kebanyakkan hospital swasta pun ingin mengambil
staff sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman setahun berkerja..

ok 2 memang diorang berhak nak letakkan syarat-syarat macam tu..mesti la diorang nak seorang staff yang ada pengalaman..tetapi diorang kena juga fikir graduan-graduan baru macam kami ni..kalau diorang xberi peluang macam mana kami nak ada pengalaman...?

Dan syukur juga, dulu semasa aku tamat Spm..aku ada berkerja di klinik swasta..dan sekarang hanya dengan pengalaman 2 aku boleh tambah sedikit dalam resume..at least ada pengalaman!

Dalam entry INI ..aku dah fly kan 4 resume aku..nampaknya belum ada apa-apa respon..
xpe..aku sabar..mugkin lambatt sikit kot prosesnya..lepas raya?mana tahu..
nak senang bukan senangkan..kene la usaha lebih sikit..biar la kita keluarkan modal sikit..
hasilnya nanti berbaloi..
nampaknya aku kene gigihkan lagi untuk mengepos sebanyak yang mungkin resume2 aku ni..
Doakan aku untuk cepat dapat kerja ye..insyaallah..kalau dah dapat kerja nanti kire gaji gred U29 la.. hehe
ala..orang lain gred lg tinggi dar kau xkecoh pon...err...
hehe..xpela yang penting sebenarnya bila kita usaha itu yang kita dapat sebenarnya
lebih kita usaha..lebih la dapat
dan sebaliknya..
nak berjaya bukan senang tapi tak mustahil
dan sebenarnya aku bangga dengan diri aku
akhirnya lesen besaw ni milik aku jua
^_^


lencana or logo dari Lembaga Jururarawat Malaysia
sape-sapa yang nurse 2 tahu la logo ni..

Sijil perakuan
(bukan senang nk lulus exam ni...)


Insyaallah nanti Staff nurse Nooraisyah..eceh..eceh..xsalah berangan jap!...hehe




9 comments: